Posted by: BestOneOfFour | 14 Februari 2017

Kanser punca 13.56 peratus kematian di Malaysia

Kanser menyumbang sebanyak 13.56 peratus kematian di Malaysia tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ia merupakan penyebab ketiga kematian di negara ini selepas penyakit pada sistem pernafasan iaitu 18.54 peratus dan penyakit pada sistem peredaran 22.77 peratus.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan MNCR (Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan) 2007-2011, seramai 103,507 kes kanser baharu didiagnosis di Malaysia bagi tempoh berkenaan, yang mana 46,794 kes (45.2 peratus) merupakan pesakit lelaki manakala wanita sebanyak 56,713 kes (54.8 peratus).

“Seperti yang dinyatakan dalam laporan itu, risiko lelaki mendapat kanser ialah satu dalam 10 manakala wanita satu dalam sembilan.

“Lima kanser yang paling biasa dihidapi lelaki ialah kanser kolorektum sebanyak 16.3 peratus, paru-paru (15.8 peratus), nasofarinks (8.1 peratus), limfoma (6.8 peratus) dan prostat (6.7 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi wanita pula, lima kanser yang biasa dikesan golongan itu ialah kanser payudara sebanyak 32.1 peratus, kolorektum (10.7 peratus), serviks uteri (7.7 peratus), ovari (6.1 peratus) dan paru-paru (5.6 peratus).

Dr Noor Hisham berkata laporan MNCR seterusnya adalah bagi data dari tahun 2012 hingga 2014 dan kini ia sedang dalam proses menyiapkan pengumpulan data.

Beliau berkata Daftar Kanser Malaysia menuju ke arah automasi pemberitahuan kanser dengan menggunakan Sistem Maklumat Daftar Pesakit (PRIS).

Sistem itu merupakan aplikasi web dibangunkan oleh Health Informatics Centre (HIC) Kementerian Kesihatan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“PRIS merupakan aplikasi web yang mana data boleh didaftarkan secara elektronik dan akhirnya disalurkan ke Gudang Data Kesihatan Kebangsaan (MyHDW).

“Sistem ini dijangka akan membantu pengumpulan data lebih cepat dan memudahkan penerbitan laporan pendaftaran itu,” katanya.

– BERNAMA

Advertisements

Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: