Posted by: BestOneOfFour | 16 Jun 2014

“Mendengkur” Tingkatkan Risiko Kematian Strok dan Kanser

Satu kajian yang baru saja diterbitkan pada the Journal of Clinical Sleep Medicine edisi April 2014 menunjukkan bahawa mendengkur dengan henti nafas yang teruk akan tingkatkan risiko kematian, strok dan kanser.

Masyarakat kita mungkin telah terbiasa dengan berdengkur. Suara dengkuran yang mengganggu teman tidur sering kali dianggap sebagai sesuatu yang wajar, bahkan dijadikan bahan ketawa. Tetapi sebenarnya mendengkur menyimpan potensi bahaya yang serius.

kanser, strok, mendengkur

Henti nafas semasa tidur atau sleep apnea merupakan salah satu penyebab hipertensi, pelbagai penyakit jantung, diabetes, stroke, malah kematian.

Mendengkur terjadi kerana saluran nafas yang menyempit semasa tidur. Akibatnya saluran nafas boleh tersumbat hingga tak ada udara yang boleh melalui. Perhatikan saja pada pendengkur. Di antara berdengkur, terkadang diikuti episod sunyi, namun gerakan nafas nampak hebat. Pesakit kelihatan sesak seolah tercekik dalam tidurnya. Selepas beberapa waktu, seketika ia akan kelihatan tersedak dan mengambil nafas, lalu mendengkur kembali.

Tetapi tak semua dengkuran bermakna sleep apnea. Pendengkur harus menjalani pemeriksaan tidur di makmal tidur terlebih dahulu untuk memastikannya. Nantinya pesakit sleep apnea akan dikategorikan menjadi dengkuran tanpa henti nafas, sleep apnea ringan, sedang atau berat berdasarkan jumlah henti nafas sejam yang dialaminya.

Kajian

Satu pasukan penyelidik di Australia mencatat dan mengikuti 397 orang dewasa selama 20 tahun. Para peserta diperiksakan dengkurnya lalu dikategorikan berdasarkan darjah keparahan sleep apnea.

Hasilnya, risiko kematian pesakit sleep apnea yang sedang dan berat adalah 4 kali ganda dari pendengkur tanpa sleep apnea. Mereka juga mempunyai risiko 4 kali ganda diserang strok. Sementara kemungkinan menderita kanser adalah 2.5 kali ganda dan kemungkinan meninggal akibat kanser adalah tiga kali ganda.

Sebenarnya berdengkur dan sleep apnea selalu dikaitkan dengan kematian akibat penyakit jantung dan saluran darah. Tetapi kajian pada penduduk bandar Busselton di Australia ini juga menunjukkan risiko kematian akibat kanser pada pendengkur. Ini memberikan kemungkinan lain tentang hubungan obesiti dan kanser.

Hubungan diantara sleep apanea dan kanser belum sepenuhnya difahami. Kumpulan penyelidik di Sepanyol mendapati bahawa tikus dengan keadaan oksigen malam hari yang dibuat mirip dengan pendengkur atau pesakit sleep apnea, akan akibatkan percepatan pertumbuhan sel-sel kanser.


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: