Posted by: BestOneOfFour | 28 Februari 2014

5 Kesan Mengerikan Kemoterapi Yang Perlu Anda Tahu

Kemoterapi adalah penggunaan bahan kimia untuk rawatan penyakit kanser. Rawatan kanser menggunakan kemoterapi bertujuan untuk menghalang atau menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser pada tubuh pesakit.

Ubat-ubat kemoterapi ini kemudiannya akan menyerang fasa tertentu atau seluruh fasa pada sel-sel yang bereplikasi. Ubat kemoterapi ini hampir tidak menimbulkan kesan pada sel-sel yang sedang dalam masa berehat (tidak melakukan pembelahan).

Namun, perlu kamu tahu bahawa ubat kemoterapi ini akam sangat memberi kesan buruk terhadap sel-sel yang sedang dalam masa aktif, atau melakukan pembelahan, seperti sel-sel rambut yang sedang aktif membelah akan mendapatkan kesannya dari penggunaan ubat-ubat kemoterapi ini.

Kesan-kesan lain yang disebabkan oleh kemoterapi.

kemoterapi1. Rambut gugur

Seperti yang sudah diketahui di atas, ubat kemoterapi akan memberi kesan buruk bagi sel-sel yang sedang aktif membelah. Salah satu kesannya adalah keguguran rambut. Rambut akan menjadi gugur kerana kerana ubat kemoterapi akan merosakkan sel-sel rambut yang akan tumbuh.

2. Penurunan berat badan

Selain keguguran rambut, kemoterapi juga akan membuat berat badan kamu tidak stabil, boleh jadi naik, dan juga turun. Untuk itu para pesakit akan di cadangkan untuk mengambil makanan sihat serta pemakanan tambahan yang baik untuk menjaga kesihatan.

3. Cirit birit

Cirit-birit akibat kemoterapi ini disebabkan oleh pengaruh kemoterapi terhadap sel pelapis usus, sehingga pesakit akan mengalami cirit-birit, dan akan kehilangan banyak cecair. Oleh kerana itu, jika pesakit mengalami cirit-birit, disyorkan untuk banyak minum air putih agar tubuh tidak banyak kehilangan cecair.

4. Lesu dan letih

Lesu dan letih memang merupakan perkara yang munasabah dirasakan masa selepas melakukan kemoterapi. Oleh kerana itu, pesakit memerlukan masa untuk berehat agar tenaganya dapat pulih kembali.

5. Gangguan pendengaran

Ubat kemoterapi yang digunakan, mampu merosakkan koklea yang ada di dalam telinga. Perkara ini pastinya akan mengganggu pendengaran si pesakit.

Ok, itulah dia ke lima kesan sampingan yang dialami oleh pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi mengikut pembacaan saya. Jika salah menyampaikan maklumat sila perbetulkan da jika anda salah seorang yang pernah menjalani rawatan kemoterapi bolehlah share pengalaman anda disini.


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: