Posted by: BestOneOfFour | 2 Disember 2013

Kenali 5 Tanda Daya Tahan Tubuh Anda Lemah

Daya tahan tubuh adalah perisai untuk melindungi tubuh anda dari serangan pelbagai virus dan penyakit. Daya tahan tubuh tidak datang dengan sendirinya, harus dibina dengan makanan dan gaya hidup sihat. Sering merasa mudah penat dan sakit? Apa kerana daya tahan tubuh Anda menurun?

Tanda Daya Tahan Tubuh Anda Lemah

Kadang sukar menentukan apakah daya tahan tubuh seseorang bagus atau tidak. Perubahan cuaca, pola makan tidak teratur dan gaya hidup yang buruk sering berpengaruh pada menurunnya daya tahan tubuh seseorang. Untuk menilai apakah daya tahan tubuh anda bagus atau tidak, inilah ciri-cirinya, dipetik oleh geniusbeauty.com.

1. Anda demam lebih dari 10 kali dalam setahun.

2. Anda mengalami keguguran rambut yang teruk dan anda sering mengalami sakit pada tekak dan sendi.

3. Anda sering merasa sangat lelah dan dikejutkan dengan tubuh yang lemas (walaupun sudah tidur cukup).

4. Anda menderita herpes. Herpes yang terjadi pada manusia sebanyak 90 peratus disebabkan dari dalam tubuh, namun daya tahan tubuh yang baik akan menghalang pertumbuhan virus herpes.

5. Anda sering mengalami selesema, flu yang berkembang jadi resdung juga bronkitis.

Jika anda mengalami sekurang-kurangnya satu daripada gejala di atas, anda perlu segera meningkatkan kekebalan tubuh. Makan teratur dengan pemakanan seimbang, tidur cukup, sukan dan mengelakkan merokok serta minuman beralkohol akan sangat membantu meningkatkan daya tahan tubuh anda.

Daya tahan tubuh yang baik akan membuat anda lebih bersemangat dan menikmati pelbagai rutin dengan kesihatan maximum.


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: