Posted by: BestOneOfFour | 27 Oktober 2013

Simptom Awal Kanser Prostat

Kanser prostat adalah salah satu jenis kanser yang paling banyak dialami oleh kaum lelaki yang telah berusia 50 tahun ke atas. Kanser ini menyerang kelenjar prostat iaitu kelenjar di sekitar saluran kencing yang berfungsi untuk membantu menghasilkan simen atau cecair sperma.

Simptom Awal Kanser Prostat

Sehingga kini belum diketahui penyebab kanser prostat. Namun, terdapat faktor-faktor yang diketahui mempengaruhi pertumbuhan kanser prostat seperti usia dan riwayat kesihatan keluarga.

Kanser prostat umumnya boleh disembuhkan jika dikesan sejak awal. Penyembuhan dilakukan dengan pengawasan aktif, pembedahan, radiasi, dan terapi hormon.

Gejala-Gejala Awal Kanser Prostat

Berbeza dengan kanser lain, kanser di kelenjar prostat ini membesar lebih lambat sehingga sukar diketahui bahawa seorang lelaki telah membawa sel kanser dalam tubuhnya selama bertahun-tahun. Pada umumnya tanda-tanda awal kanser prostat tidak dikesan, namun seiring tumbuhnya kanser akan muncul gejala-gejala berikut ini.

1. Kesulitan ketika buang air kecil, yang meliputi:

* Tidak boleh buang air kecil sama sekali
* Kesukaran apabila memulakan buang air kecil dan kesulitan untuk berhenti buang air kecil
* Sering buang air kecil, terutama di waktu malam hari
* Merasakan sakit atau rasa panas semasa buang air kecil

2. Kesulitan untuk ereksi dan mempertahankan ereksi
3. Terdapat darah dalam air kencing atau cecair sperma.
4. Sering mengalami rasa sakit terutama di bahagian punggung bawah, perut, pinggul, atau pelvik.

Perlu juga diketahui bahawa terdapat beberapa jenis penyakit lain (selain kanser prostat) yang mempunyai tanda-tanda seperti di atas. Oleh kerana itu jangan menghukum diri sendiri sebelum membuat pemeriksaan ke doktor.

Gejala-gejala ketika kanser prostat mula tersebar

Seperti halnya semua jenis kanser, kanser prostat boleh merebak ke organ tubuh lain jika terlambat ditangani. Jika sudah demikian bererti sel-sel dalam tubuh sudah banyak yang rosak. Tanda-tanda yang sering dialami saat kanser prostat sudah merebak ke bahagian tubuh yang lain adalah sebagai berikut:

1. Berat badan semakin menurun
2. Sakit pada tulang, terutama di bahagian punggung bawah, perut, pinggul, atau pelvik
3. Pembengkakan pada kaki.

Ada banyak jenis penyakit yang mempunyai gejala yang mirip seperti gambaran di atas. Jika anda mengalami salah satu daripada gejala tersebut maka langkah terbaik yang harus anda lakukan adalah berjumpa doktor untuk memastikan gejala-gejala tersebut apakah gejala penyakit lain atau memang anda sedang menderita kanser prostat.


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: