Posted by: BestOneOfFour | 10 September 2013

Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna Oren cegah Kanser Payudara

Kanser payudara adalah salah satu penyakit yang paling ditakuti wanita. Walaupun ia boleh disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan, penyakit berbahaya ini juga boleh dielakkan dengan memakan banyak makanan tertentu. Salah satunya adalah makanan berwarna oren.

Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna Oren cegah Kanser Payudara

Makanan berwarna oren seperti lobak diketahui mengandungi karotenoid. Karotenoid adalah pigmen organik yang memberikan warna oren pada bahan pangan. Ada lebih kurang 600 karotenoid yang diketahui, di antaranya adalah karotena, lutein, dan lycopene.

Penyelidik dari Brigham & Women Hospital menganalisis lapan kajian. Penyelidikan ini melibatkan 80% data dunia berkaitan plasma / serum karotenoid dan kanser payudara. Ada 3.055 subjek kes dan 3.956 subjek kawalan yang dikaji.

Dari sini, ditemukan bukti bahawa karotenoid menghalang pertumbuhan kanser payudara ER-positive, atau kanser payudara yang tumbuh sebagai respon dari hormon estrogen.

“Diet yang banyak melibatkan buah-buahan dan sayur-sayuran tinggi karotenoid memberikan banyak manfaat kesihatan, termasuk menurunnya risiko kanser payudara,” kata penyelidik kajian yang dimuat di Journal of the National Cancer Institute ini.

Karotenoid bukan sahaja boleh didapati pada lobak, tetapi juga di makanan lain yang berwarna oren. Makanan yang kaya betakaroten, alphakaroten, dan betacryptoxanthin tersebut di antaranya aprikot, mangga, labu parang, betik, dan ubi merah.

Bayam, kobis, dan sawi ternyata juga mengandung betakaroten. Sayur-sayuran berwarna hijau ini merupakan sumber terbaik dari lutein. Karotenoid jenis lain, tepatnya lycopene, boleh ditemui pada tomato, jambu merah, dan limau. Karotenoid bahkan juga boleh ditemui pada beberapa haiwan dan bentuk turunannya, seperti salmon, kerang, susu, dan kuning telur.


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: