Posted by: BestOneOfFour | 22 Ogos 2013

AWAS! 10 tanda awal kanser payudara…

Kanser atau barah adalah nama penyakit bagi salah satu tumor ganas yang sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita dan ia sukar diramalkan. Banyak faktor yang mempengaruhi dan terdapat banyak jenis. Dikatakan sampai kini kanser masih menduduki peringkat pertama dalam kes kematian di dunia. Salah satu jenis kanser adalah kanser payudara. Penderita penyakit ini terus bertambah saban tahun namun, hanya segelintir sahaja yang mengetahui gejala kanser payudara ini.

tanda awal kanser payudara

Oleh kerana cetek dalam ilmu pengetahuan dan tidak prihatin dengan perubahan diri menyebabkan penyakit ini sukar dicegah dan ditangani. Atas kerana pada umumnya gejala-gejala kanser tersebut didapati dari beberapa kes kecil yang seringkali dirasakan tidak penting dan tidak berbahaya. Namun pada hakikatnya, pengenalan terhadap gejala-gejala awal kanser payudara dapat menangani kes ini secara maksima sebelum kanser merebak dan menjadi semakin serius.

Ada beberapa tanda-tanda atau gejala (sipmtom) umum yang kadang kala di luar dari pengawasan kita kerana hal tersebut biasanya tidak akan mengganggu keadaan tubuh badan dalam melakukan sebarang aktiviti dan kerana itu pulalah beberapa orang yang mengalaminya biasa mengabaikannya dengan mudah dan menganggapnya sebagai hal yang biasa-biasa saja. Padahal dari sini, kewaspadaan dan pemeriksaan lebih lanjut harus dilakukan. Berikut adalah gejala awal yang sering dialami oleh penderita kanser payudara :-

1. Benjolan

Benjolan ini umumnya terdapat di bawah kulit payudara dan ukurannya lebih kurang sebesar kacang tanah. Biasanya benjolan tersebut hanya terdapat di sebelah payudara saja. Apabila benjolan tersebut ditekan dan dapat bergeser, itu bermakna masih merupakan gejala awal yang ringan dan boleh segera ditangani. Sebaliknya, bila benjolan tersebut sudah tidak boleh bergeser dan ukurannya lebih besar dan keras maka awas, kanser sudah memasuki tahap serius. Benjolan ini juga boleh didapati di permukaan ketiak, walaupun tidak selalu bermakna kanser—tapi ada baiknya diberikan pemeriksaan lebih lanjut.

2. Perubahan bentuk puting payudara

Puting tetek kelihatan rata, terbalik atau masuk ke dalam. Atau mungkin terasa sakit yang berlanjutan.

3. Keluarnya darah atau cairan janggal

Cairan darah yang keluar umumnya tidaklah banyak, namun cukup mengganggu. Selain darah ada juga berupa cairan kekuningan seperti darah putih atau bahkan nanah. Hal ini biasanya diikuti dengan rasa nyeri pada permukaan payudara dan rasa gatal pada daerah sekitar puting tetek. (Kadang kala ini bukan bermakna kanser, namun tetap harus berwaspada)

4. Perubahan warna kulit

Warna kulit payudara berubah warna menjadi kemerahan .

5. Perubahan tekstur kulit

Permukaan kulit payudara kelihatan bersisik atau berkedut seperti kulit limau purut. Kulit akan terasa kasar dan kaku.

6. Luka yang sukar sembuh

sering juga timbul luka yang sukar sembuh dan terasa panas seterusnya akan membengkak.

7. Payudara terasa panas, kemerahan dan bengkak

8. Adanya benjolan-benjolan kecil

9. Terasa sangat gatal di daerah sekitar puting tetek

10. Benjolan yang keras itu tidak bergerak ( terfiksasi )

Biasanya pada peringkat awal tidak terasa sakit.

Pada kebiasaannya jika benjolan itu kanser, ia hanya terdapat pada satu belah payudara sahaja.

VITAMIN B17 & BROMILIN, KOMBINASI TERBAIK (PERENCAT SEL KANSER)

promosi aprikot & bromilin
Bromilin sangat diperlukan bersama B17 kerana ianya berfungsi untuk MEMECAHKAN LAPISAN PROTEIN DINDING SEL-SEL KANSER, KEMUDIAN BARULAH B17 BOLEH MASUK KE DALAM SEL-SEL KANSER UNTUK MEMBUNUH SEL-SEL GANAS tersebut.

Harap dapat membantu anda semua lebih faham cara sebenar fungsi Bromilin & B17.

Sebarang pertanyaan / pembelian hubungi, SMS @ WhatsApp : 0133016699 atau 0126381577 (COD – Meru / Shah Alam)


Respon

  1. Apa kemungkinan kanser ni terjadi dekat budak yang berumur 16 tahun?

    • Ada kemungkinan besar.

  2. blh saya tahu knapa he putting payudara saya sebelah kanan mengelupas n berasa panasje.adakan INI sintom kanser payudara

    • Jika tanda-tanda baharu yang sebelum ini tiada, elok buat pemeriksaan awal. Langkah awal mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

  3. Saya berumur 23 tahun, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Masalah saya adalah seperti ada benjolan di bawah ketiak dan sakit apabila tangan di tegakkan keatas. adakah itu tanda kanser payudara?

    • Sebaiknya segera buat pemeriksaan ke doktor. Bukan semua kes sebegini gejala atau tanda-tanda kanser payudara. Langkah terbaik segera lakukan pemeriksaan.

  4. saya baru berumur 16 tahun tetapi saya sedar bahawa terdapat benjolan di ketiak kiri kadang-kadang di sebelah kanan. ia bertukar-tukar. adakah ia juga tanda kanser payudara?

    • Mungkin ianya kelenjar atau yang dipanggil nodus limfa. Sebaiknya buat pemeriksaan doktor untuk pengesahan.

  5. Saya berumr 19tahun .. sejak 2 3 hari ni saya rasew payu udara saya sakit .. bila saya rasew ade benjolan kecil bwah payu udara saya .. adakah ni tanda awal ..

    • Bukan semua benjolan pada payudara tanda2 awal kanser payudara. Buat pemeriksaan kedoktor.

  6. Saya 23tahun n 3tahun lepas sy ade bwt pemedahan buang ketulan di payudara,dan keputusan nya doc ckp ade susu..dan ketulan biasa..tp rasa sakit kadang2 di bahagian yg pemedahan tu rasa sakit tp x kerap..adekah itu normal?

  7. baru-baru ini didalam akhbar ada menyiarkan berita mangenai seorang kanak-kanak berusia 6 tahun menghidapi kanser payudara..adakah perkara tersebut mustahil??

  8. saya baru berumur 18 thn dan saya dapati terdapat ketulan pada payudara sebelah kiri sy,tetapi bila saya cuba picit tiada lelehan atau cairan yang keluar daripadanya.adakah itu tanda kanser?saya berasa sangat runsing memikirkan masalah ini..berapa kah umur minimum wanita yang akan menghidap kanser payudara??

  9. Sy period x stbil…sjk kawen… sblm period sy sllu skit2 buah dada… masalah skrg buah dada sllu skit2 wlau pon xdtg period,,, berdenyut2 kiri dn kanan puting gatal2… runsing sgt2

  10. salam..saya berumur 21..saya nak tanya..kedua2 belah breast saya dibahagian puting saya selalu ada keluar putih2…macam keputihan yg keluar dari miss V….agak pelik…boleh saya tahu kenapa??

  11. Salam.apbla mandi.sy mncuci puting pyudara saya.saya dapati kedua2nya kotor spt ada susu kering.apb sy memicit puting payudara sy hya dsebelah kanan keluar cairan putih jernih dan cairan spt nanah..ttp tllu sdikit..adakah ini ptandanya…tq

  12. Payu darah kiri saya ada tanda merah tapi x ada benjolan.. adakah itu tanda2 awal kanserp

  13. Sama macam saya la dek

  14. saya rasa ada ketulan kecil di bawah payudara di sebelah kanan..saya ragu2 sama ada itu penyakit atau perkara normal bg wanita..

  15. saya berumur 18 tahun .. saye merasa kelainan pada payudara saya . sebelah kanan lebih besar dibanding kan sebelah kiri . tapi tidak lah terlalu ketara…dan saya selalu merasa sakit pada kedua belah payudara saya .. adakah itu kanser ?

    • Kelainan Payudara selalunya bukan kerana kanser. Namun begitu, sekiranya anda mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada bahagian payudara anda, janganlah berlengah. Berjumpalah dengan pengamal perubatan dengan seberapa cepat yang mungkin.

  16. saya baru beumu 15 thn…payudara sebelah kiri saya kdng2 gatal dan ade nanah kecil2..klau pkai coli dia melekat pada coli saya..adakah itu kanser..

    • masalah saya sama mcm atiqah

  17. boleh saya bertny..kenapa payudara saya rasa bengkak selepas 2 minggu kedatangn haid??saya berumur 18 tahu..dalam seminggu sakit tuh xhilang2??

  18. saya baru umur 13 tahun , tapi ada benda macam timbul timbul warna krim kat puting , lepastu gatal2 . adakah itu kanser??

  19. saya baru rasa mcm ada bonjolan kat payudara saya.tapi ada rasa sakit tapi saya tak perasaan sebab saya masih bagi anak saya susu badan…lagipun yang saya takut sebab saya biasa bagi saya anak sebelah kanan saja minun dari baby sampai skrg tulah skrg payudara saya besar sebelah

    • boleh beri saya jawapan nya

    • sama lah kes dengan saya ni

  20. saya merasa sakit d payu dara sebelah kiri…dah bejumpa dr…dan dah buat ultra sound…dr cakap…kalu sakit bukan cancer…tp sakit saya berlarutan..kadang2 2 3 hari x sakit…pastu dia akan sakit..lepastu hilang…sakit berdenyut…keputusan ultrasound ada mcm tumor kecik ukuran 5.7mm,,nasihat dr datang semula selepas 3 bln dr tarikh ultrasound utk tgk samaada mmbesar atau tidak…saya jadi celaru…ada kah saya dikatogerikan dlm linkungan berisiko cancer..

  21. saya ada ketulan lembut di bawah ketiak saya sejak berumur belasan tahun, kini saya berumur 26 thun dan sudah berkahwin anak 2.ketulan tersebut masih sama, adakah itu petanda kanser?

    • Mungkin hanya bengkak kelenjar tapi sebaik-baiknya pergilah ke hospital buat pemeriksaan.

  22. darah kuar dr puting tapi darah tak pekat.ketulan tiada.adakah ni kanser?

    • Keluarnya darah dari puting payudara merupakan suatu masalah kesihatan dan harus diperiksa oleh doktor, segera buat pemeriksaan.

      PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.

      Maklumat lanjut layari: KANSER PAYUDARA DARI PANDANGAN MODEN

  23. Boleh tak saya tahu hospital yg menawarkan pengesahan kanser payudara ni…Sy dh mula rasa da sesuatu pada sekitar payudara sy lgi dibawah lengan..belakang badan sy da masa skit..da kah tu salah satu penyebab atau tanda awal kanser. tk

    • Untuk pengesahan pergilah sesegera mungkin ke mana-mana hospital besar di negeri masing-masing untuk mendapatkan rawatan. Jika hospital berkenaan tidak mempunyai kepakaran atau rawatan tertentu, pesakit akan dirujuk kepada institusi swasta yang dibeli perkhidmatannya oleh kerajaan.

      p/s: Kepada pembaca yang pernah mendapatkan rawatan dan tahu dihospital mana yang perlu dirujuk sila tinggalkan komen anda disini. Bersama kita membantu kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih.

  24. sya brumur 46 thn.nk tanya.dari usia remaja lagi punting buah dada sya memang tenggelam.baru2 ni sya dapati keluar darah dr punting sya bila sya picit.adakah ni tanda2 kanser?

    • Mengikut pembacaan,

      Berikut ini merupakan penyebab-penyebab paling umum keluarnya darah dari puting, iaitu papiloma intraduktus (tumor jinak), perubahan fibrokistik (rangkaian) pada payudara, dan kanser.

      Keluarnya darah dari puting payudara merupakan suatu masalah kesihatan dan harus diperiksa oleh doktor, apalagi bila keluarnya hanya dari satu sisi payudara dan tanpa didahului luka atau trauma pada payudara tersebut. Yang penting untuk dinilai juga adalah apakah cecair yang keluar itu sepenuhnya adalah darah, atau ada kandungan lain pada cecair tersebut.

      Ada beberapa pemeriksaan yang dapat dijalani untuk menilai keadaan tersebut, iaitu:
      – Analisis makmal untuk menilai cecair yang keluar
      – Pemeriksaan darah
      – Mamogram atau ultrasound pada payudara

      Kerana itu, baiknya segera periksakan diri ke doktor, terlebih apabila keluarnya darah tanpa didahului trauma pada payudara.

  25. saya x pasti ini tanda kanser atau tidak, payudara belah kanan saya ada tompokan merah..ini amat menakutkan saya kerana saya masih di peringkat remaja

  26. Apakah jakitan kuman di payu dara adalh sejenis cancer jugak…harap puan balas kerna saya comfius dgn jawapan doctor berikan

  27. Dekat payudara sy ada terdapat tanda merah yg timbul tp buat masa ni sy buat pemeriksaan sendiri tiada rasa ketulan di payudara, mcm sy nk dptkan kepastian yg sebenarnye?

    • Sama macam saya.. takut laa.. ada tsnda yg merah yg timbul.. sebrlsh kiri je..

  28. lepas bersalinkan ank kedua sy, sy ade rasa benjolan di sebelah kanan payudara..selepas beberapa bulan, ia hilang..tp dlm sebulanndua nie, ade benjolan di sebelah kanan payudara dan sakit.. tp tiada lelehan atau darah keluar melalui puting..adakah ia tanda kanser?

    • Sebaiknya anda segera ke doktor pakar. Semakin cepat ditangani, maka kemungkinan sembuh semakin besar kerana belum menjalar ke tempat lain. Segera periksa ke doktor untuk penilaian, jangan ditunda.

  29. bagaimana pula kalau kulit dada tengah d antara payudara yang merekah,berwarna coklat dan gatal. apakah sebabnya dan cara menanganinya?

    • Anda boleh mendapatkan rawatan bersesuaian daripada doktor.

  30. payudara sblh kiri lbh besar dari kanan.. adakalanya payudra kiri yang agak bsar saiz dri kanan kerap terasa senggal2 kdg2 denyut2..belarutan hnga kemlm.. saya ada buat pmeriksaan tetapi… tiada benjolan…apakah punca rasa sakit senggal & denyut yg sya alami?

    • Setiap bulan, ada masa-masa di mana organ payudara terasa sakit. Rasa sakit di tubuh wanita ini boleh jadi kerana keadaan normal atau juga berbahaya.

      Payudara terasa sakit biasanya kerana pengaruh hormon (estrogen dan progesteron), seperti sebelum haid. Tapi kalau sakitnya berterusan itu tidak berkaitan dengan hormon,

      Kesakitan ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara; perlanggaran, kehamilan, penyusuan, sebelum menopuase, sebelum akil baligh, atau jangkitan payudara, kanser payudara (tapi tidak setiap kanser payudara mempunyai gejala demikian).

      Diharap apat membantu.

  31. Saya tak pasti..sakit sblh kanan..tak ada macam tanda tanda yang dinyatakan kat atas..tapi sakit..itu normal ke?saya dah 2 minggu habis period dan belum berkahwin lagi.


Tinggalkan Jawapan kepada BestOneOfFour Batal balasan

Kategori