Posted by: BestOneOfFour | 8 Jun 2013

Sel Kanser manfaatkan Gula Dalam Darah untuk Lemahkan Sistem Imun

Pengambilan gula berlebihan dikenali sebagai penyebab utama diabetes atau kencing manis. Satu kajian ini mendapati bahawa kesan gula bukan sahaja itu saja, tetapi juga menguatkan sel-sel kanser. Penyakit ini menggunakan gula untuk melemahkan sistem kekebalan tubuh.

Sel Kanser manfaatkan Gula Dalam Darah untuk Lemahkan Sistem Imun

Terlepas dari banyaknya rawatan yang ada masa ini, sebenarnya tubuh manusia secara semulajadi mempunyai sistem kekebalan tubuh yang dapat melawan kanser. Tapi sebuah kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa sel-sel kanser merosakkan respons imun dengan menggunakan semua gula dalam darah.

Tumor sering tumbuh di kawasan yang banyak mengandungi pembuluh darah. Tujuannya untuk memastikan dirinya mendapat banyak nutrisi dari darah, termasuk gula. Ternyata kebiasaan ini bukan hanya untuk meningkatkan pertumbuhan saja.

Bahagian utama sistem kekebalan tubuh yang berfungsi memerangi tumor adalah sel darah putih yang disebut sel T. Sel ini mensasarkan kuman agar sel-sel lain dalam sistem kekebalan tubuh tahu sel mana yang harus dihancurkan.

Caranya adalah terlebih dahulu mengikat benda asing kemudian melepaskan agen inflamasi untuk menandakan, lalu memanggil bahagian lain dari sistem kekebalan tubuh untuk membantu menghancurkannya.

Untuk membuat agen inflamasi, sel T memerlukan gula, sebab bahan ini merupakan produk samping penggunaan tenaga sel. Tapi jika semua gula di sudah habis dipakai sel tumor, sel T tidak boleh melepaskan bahan kimia untuk memperingatkan tubuh adanya ancaman berbahaya.

Dalam penyelidikan, saat tidak ada sel tumor, kadar gula darah lebih tinggi sehingga boleh banyak digunakan oleh sel T. Namun ketika ada tumor, sel T tidak dapat memanfaatkan gula sama sekali, bahkan hampir tidak ada gula yang tinggal kerana digunakan semua oleh sel tumor.

Untungnya, sel T masih boleh bertahan dari kurangnya gula dengan menggunakan cara alternatif untuk menghasilkan tenaga. Cara inilah yang membolehkan sel T boleh bertahan hidup tanpa gula. Perkara sama tidak boleh dilakukan oleh sel tumor untuk bertahan hidup.

Kajian sebelumnya telah menunjukkan bahawa kekurangan gula boleh mencetuskan kematian sel tumor, sebab akan meningkatan kadar oksigen dalam darah. Oksigen bersifat racun bagi tumor kerana tidak boleh dimanfaatkan. Hasilnya, tumor akan mati jika terdedah kepada oksigen.

Untungnya, kesan gula pada sel T dapat dibalik. Seperti dipetik Medical Daily, Jumaat (7/6/2013), ketika sel T yang hidup dengan tumor diberi tambahan gula, fungsinya kembali normal dan membuat agen inflamasi boleh menandakan sel tumor untuk dihancurkan.

“Ini seperti suis on-off. Yang perlu kita lakukan adalah mengubah ketersediaan gula agar sel T boleh menyesuaikan diri dan kembali berfungsi dalam keadaan optimum. Kami mungkin dapat mencari cara untuk membuat sel T kembali bertarung melawan kanser,” kata penyelidik, Dr Erika L. Pearce, Ph.D.

Menurut penyelidik, fleksibiliti sel T dan simpulan penggunaan gula oleh sel tumor boleh digunakan dalam rawatan. Para penyelidik mendapati bahawa tanpa gula, sel T dapat bertahan hidup, tetapi tidak boleh membuat agen keradangan. Jika selama rawatan diberi tambahan gula, sel T dapat berfungsi secara normal.


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: