Posted by: BestOneOfFour | 11 Januari 2013

Aprikot, Almond dan Kacang Tanah Kurangi Risiko Kanser Hati

Mengambil makanan kaya vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser hati. Demikian hasil kajian terbaru yang dilakukan oleh para penyelidik dari China.

Mereka menemukan, bahawa mengambil suplemen vitamin E atau snek makanan seperti almond, kacang tanah, kacang pinus dan aprikot kering dapat menurunkan risiko kanser hati pada orang separuh umur atau lebih tua.

Tidak hanya itu, kacang-kacang tersebut juga dikenali dapat membantu melindungi anda daripada penyakit jantung dan kerosakan mata di usia tua.

Dr Wei Zhang, dari Shanghai Cancer Institute, menganalisis data dari 132.837 orang – termasuk 267 pesakit kanser hati – di China di mana 54 peratus daripada semua kanser hati di dunia terjadi.

Setelah mengumpul maklumat tentang tabiat makan peserta berbanding mereka yang berisiko kanser hati antara peserta yang mempunyai pengambilan vitamin E tinggi dengan yang rendah.

Hasil kajian menunjukkan, bahawa terdapat hubungan dosis-respons terbalik antara pengambilan vitamin E dan risiko kanser hati.

“Pengambilan tinggi vitamin E – baik dari makanan atau suplemen – berkaitan dengan rendahnya risiko kanser hati pada orang separuh umur atau lebih tua.”

Perlu diketahui, kanser hati adalah penyebab paling umum ketiga kematian akibat kanser di dunia, dan kanser paling umum kelima ditemui pada lelaki, serta paling umum ketujuh pada perempuan. Sekitar 85 peratus daripada kanser hati berlaku di negara-negara membangun.

Kajian ini diterbitkan dalam Journal of National Cancer Institute.

About these ads

Responses

  1. kenapa ada perbezaan jumlah pengambilan biji aprikot? ada yang mengatakan 7 biji, tapi blog anda mengatakan 5 biji. Sebenarnya tak kisah berapa biji ke?

    • 5 adalah dos yang tetapkan utk permulaan. Jika ambil lebih dari itu pun tidak menjadi masalah.


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 117 other followers

%d bloggers like this: