Posted by: BestOneOfFour | 24 November 2012

Kanser: Penawar Yang Tersembunyi

Lebih berkurun lamanya penyakit kanser menjadi pembunuh nombor dua selepas penyakit jantung. Sejak dari itu jugalah ramai saintis menjalankan kajian untuk mencipta penawar bagi mengubati penyakit tersebut. Dianggarkan lebih enam juta orang di seluruh dunia telah mati akibat penyakit kanser. Anggaran ini pastinya akan meningkat dengan lebih dari 40 ribu orang yang masih menderita.

Kos rawatan bagi seorang pengidap kanser mencecah ratusan ribu ringgit sangat membebankan mereka. Kos tersebut meliputi ubat-ubatan, penginapan, perkhidmatan dan rawatan susulan. Namun mengikut rekod, peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya adalah amat tipis. Industri farmaseutikal mampu mengaut keuntungan lumayan dan mengambil kesempatan yang cukup baik. Penghasilan pelbagai vaksin dan ubat-ubatan yang sudah ditentukan pembelinya menyebabkan industri ini terus ‘bernyawa’. Selain itu, pengetahuan masyarakat sedunia juga dikawal dengan kongkongan pelbagai pertubuhan seperti Food and Drug Administration (FDA) yang hanya mengiktiraf sesuatu yang boleh menjamin kepentingan mereka sahaja. Andai kata tidak ada seorang pun pesakit, maka industri ini pastinya akan muflis.

Seorang pakar kanser iaitu Profesor Dr.Robert Beck cuba mengoyahkan industri farmaseutikal ini dengan menyatakan bahawa penyakit kanser ini boleh dirawat sepenuhnya melalui pengambilan vitamin B17 atau Laetrile. Namun tentu sekali pendapat ini di sangkal dan diketepikan oleh industri farmaseutikal. Mereka begitu bimbang akan implikasi yang bakal merugikan organisasi tersebut. Ternyata wujud penipuan dan pembohongan serta komplot tertentu.

Apa yang dihujahkan oleh Dr.Beck ada buktinya. Hasil kajian yang dijalankan mendapati binatang liar yang hidup di hutan tidak mengidap penyakit kanser. Tetapi apabila ditangkap dan ditempatkan di zoo serta diberi makanan manusia, ada antara binatang tersebut mati akibat penyakit kanser. Ini bermakna diet nutrisi manusia ketika ini berpotensi mengundang penyakit kanser.

KANSER merupakan sejenis penyakit dimana sel tubuh penyakit pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain. Sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Dikatakan juga dengan adanya hanya satu sel kanser yang aktif dalam tubuh badan seseorang ia mampu mengundang 427 jenis penyakit. Penyakit kanser dikelaskan dalam penyakit kronik metabolik yang dapat diubati dengan pengambilan diet nutrisi yang betul seperti penyakit skurvi dan penyakit elegra.

Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai nitrilosides adalah bahan semulajadi yang boleh diambil dalam diet seharian kita. Bahan yang terdapat dalam nitrilosides ini bukan sahaja boleh memusnahkan sel kanser malahan membaiki sel normal. Bilangan sel darah merah dan heamoglobin turut dapat ditambah melalui kaedah pengambilan bahan makanan ini.

Nitrilosides mempunyai dua elemen Glucose (gula) serta masing-masing satu elemen Hydrogen Cynide(CYD) dan Benzaldehyde (BZD).Elemen CYD dan BZD berkebolehan untuk membunuh manusia dengan serta-merta. Tetapi oleh kerana ikatan kedua-dua elemen tersebut dengan dua lagi elemen glucose yang lain kuat, menjadikan ia selamat.untuk membuka ikatan ini enzim Beta-glucosidase diperlukan.

Masyarakat jepun mempunyai rekod penyakit kanser yang rendah dan kadar kesihatan yang tinggi. Diet utama mereka seperti sushi dan makanan lain dimakan secara mentah. Mereka juga mengambil sayur-sayuran yang mengandungi enzim-enzim yang diperlukan oleh tubuh badan. Kebiasaannya mereka memasak sayur berkenaan di bawah 40 darjah celsius. Suhu tersebut amat optimum untuk tindak balas metabolisme.

Enzim merupakan molekul protein yang bertindak balas sebagai pemangkin yang meningkatkan kadar tindak balas metabolisme dalam sel. Enzim begitu peka terhadap perubahan suhu. Jika suhu terlalu tinggi, enzim akan musnah. Ini kerana ikatan kimia yangt mengikat molekul ini akan terurai. Tetapi pada suhu yang terlalu rendah, aktiviti enzim menjadi tidak aktif.

Bukan sahaja di negara kita tetapi pasaraya di seluruh dunia memasarkan pelbagai produk yang kaya dengan karbohidrat, pengawet, pewarna, dan bahan kimia yang lain.Bahan-bahan tersebut diakui tidak mampu melawan penyakit kanser.

Millet dan buah aprikot ialah antara jenis tumbuhan  yang mempunyai kandungan vitamin B17 yang tinggi. Namun fakta ini telah diselewengkan oleh FDA dimana mereka menyatakan pengambilan buah aprikot ini akan mambawa kepada penyakit jantung.

Segala maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan daripada sumber. Tetapi anda diharap dapat membuat penyelidikan dan kesimpulan sendiri agar turut sama membongkar lebih banyak rahsia mengenai dunia perubatan.

Sumber : Halal Bio; Astro Oasis, Carian jaringan yahoo.com:cancer:vitamin b17:nitrilosides;  carian jaringan wikipedia: enzim:protein;kanser.www.worldhealth.com Muhammad Faiz Bin Abdullah


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: