Posted by: BestOneOfFour | 19 November 2012

Kurangkan Stres, Elak Kanser

Ramai dari mereka yang terkena kanser mengaku bahawa faktor stres boleh secara tidak langsung menyebabkan penyakit kanser mereka merebak.

Ini ialah kerana stress secara tak langsung melemahkan sistem imuniti badan kita. Bila kita stress atau rasa tertekan ada diantara kita tak lalu makan atau terlebih makan atau makan makanan yang tidak berkhasiat. Senaman juga diabaikan. Ada juga yang tak cukup tidur, badan tak cukup rehat dan rasa letih. Semua faktor-faktor ini jika berpanjangan memudaratkan kesihatan kita.

Oleh itu amatlah penting sekali kita mencari cara-cara untuk mengurangkan stress atau tekanan kehidupan. Salah satu cara yang baik ialah dengan bersenam. Lakukanlah senaman seperti taichi atau pilates sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Jika anda tidak punyai banyak waktu, lakukanlah kerja-kerja rumah seperti menyapu, mop dan mengemas rumah. Dengan cara ini bukan saja badan banyak bergerak tetapi rumah anda juga lebih bersih dan teratur. Bila rumah bersih fikiran pun tenang dan secara tak langsung stres dapat dikurangkan.

Berkebun juga satu kegiatan yang amat baik kerana ia membantu kita mencapai ketenangan dengan menghayati kehijauan alam semulajadi dan udara yang segar. Vitamin D yang didapati dari sinaran matahari juga dapat membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh. Bila tanaman yang kita tanam mula berbunga dan berbuah, kita akan rasa gembira dan dengan cara ini stress dapat dikurangkan.

Menunggang basikal, berjogging dan berjalan juga merupakan senaman yang baik yang dapat bantu kita mengurangkan stress serta meningkatkan taraf kesihatan kita. Namun bagi mereka yang sibuk bekerja dan malas bersenam, cubalah letak kereta anda jauh sikit daripada pejabat dan cuba gunakan tangga daripada naik lif. Dengan cara ini , anda terpaksa berjalan untuk pergi ke pejabat dan balik dari pejabat.

Bagi yang beragama islam pula bersolat dan berdoa merupakan cara yang baik untuk mengurangkan stress, kerana tidak ada yang lebih baik daripada tuhan untuk membantumu didalam kesusahan. Bersolatlah dan dengan ikhlas hati dan berdoalah dengan tawaduk memohon pertolongan illahi. Bangkitlah disepertiga malam dan lakukanlah solat tahajud. Faedah solat tahajud amat banyak sekali. Menurut Dr Muhammad Soleh, pensyarah IAIN Surubaya solat tahajud yang dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan secara tak langsung menghindari penyakit seperti kanser.


Responses

  1. Saya amat bersetuju dengan penulis yang mana stress atau hypertension ini perlu dielakkan. Sebagaimana yang tertulis di dalam http://www.1malaya.com/blog, komputer merupakan pembunuh senyap yang kita tidak sedari akibat daripada obesiti dan stress. Oleh itu memang sepatutnya anda melakukan aktiviti-aktiviti semasa yang boleh mengurangkan stress.


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: