Posted by: BestOneOfFour | 2 November 2012

Belum Pun Berumur 30 Tahun Tapi Sudah 4 Kali Kena Kanser

Ketika usia 5 tahun, Lauren Ashley berjaya melawan kanser paru-parunya. Tapi ternyata perjuangannya belumlah selesai, kerana sebelum ia mencapai usia 30 tahun ia perlu melawan 4 jenis kanser yang lain.

Lauren Ashley disahkan mempunyai neuroblastoma yang menyebabkan adanya tumor di salah satu paru-parunya pada usia 16 bulan. Kala itu doktor mengatakan ia hanya mempunyai peluang 10 peratus untuk boleh bertahan sehingga usia 5 tahun.

Namun doktor berjaya mengeluarkan tumor tersebut sebelum usianya 2 tahun. Ashley meneruskan rawatan dengan menjalani kemoterapi, walaupun ada kemungkinan mengganggu kesuburannya.

Kala itu ia boleh mengalahkan peluang yang dianggarkan doktor dan berhasil bertahan hidup hingga melebihi usia 5 tahun, malah masa dewasa ia berjaya mempunyai anak sendiri. Pada tahun 2006 ia hamil dan melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Eryn pada usia kehamilan 29 minggu.

Namun setelah sekian tahun berlalu, nasib Ashley mula malang kembali. Pada tahun 2008 ia mengalami migrain selama beberapa hari hingga akhirnya doktor pakar mengatakan ada ketumbuhan di belakang mata kirinya.Doktor tidak dapat mendiagnosis jenis kanser yang dialami dan jika dilakukan biopsi boleh berisiko kehilangan penglihatan, sehingga doktor memilih untuk memantau pertumbuhannya.

Namun di tahun berikutnya, Ashley didiagnosis kanser untuk ketiga kalinya. Kali ini kanser tersebut ada di kandung kencing dan juga buah pinggang sebelah kiri. Ashley menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tumor di kandung kemih, serta mengeluarkan ginjalnya.

Ternyata perjuangannya tidak berhenti hingga di situ, pada Julai 2012 penyakit tersebut menyerang lagi. Ashley melihat ada benjolan di kaki kanannya dan doktor mendiagnos dengan squamous cell carcinoma, iaitu salah satu bentuk kanser kulit.

Kini Ashley mula melakukan rawatan kemoterapi untuk mengecilkan kanser tersebut, dan doktor merujuk kepada kaunselor genetik untuk membincangkan hal ini dan melihat apakah anaknya mempunyai risiko tinggi terkena kanser.

Ketika ini usianya sudah mencapai 30 tahun dan ia telah berkali-kali berulang-alik masuk hospital untuk menjalani sekitar 20 pembedahan atau prosedur kecil untuk mengenal pasti dan menghapuskan pertumbuhan ganas dari kanser ini.

“Saya berfikir itu adalah sebahagian dari diriku. Yang boleh saya lakukan adalah meneruskan hidup dan tidak terlalu banyak memikirkan hal tersebut. Saya mungkin menjadi orang yang sial di Inggeris,” ujar Ashley, seperti dikutip dari Daily Mail, Khamis (1/11/2012 ).

Beberapa kajian menunjukkan sekitar setengah dari orang dengan neuroblastoma mempunyai peluang bertahan hidup sebanyak 40 peratus, dan ini jauh lebih baik berbanding 30 tahun lalu. Namun kajian terbaru mendapati pesakit ini berisiko lebih besar mengembangkan kanser kedua di kemudian hari.


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: