Posted by: BestOneOfFour | 30 Oktober 2012

Mengidap Tumor, Lelaki Ini Seperti Hamil Anak Kembar

Setelah bercuti bersama isterinya dengan kapal pesiar di Fiji, Bob ‘Buck’ Rogers merasa bertambah gemuk. Dia pun melakukan diet ketat. Setelah beberapa waktu, sebahagian besar tubuhnya kelihatan lebih kurus, namun tidak dengan perutnya yang terus membesar. Bob kelihatan seperti sedang hamil anak kembar.

“Saya sudah kehilangan berat badan. Jam dan cincin saya sudah terasa longgar, dan saya lihat wajah dan bahagian lain tubuh saya lebih kurus. Tapi berat badan saya tidak berkurang,” ujar Bob.

Ternyata di dalam perut Bob yang terus membesar bersarang tumor. Penyakit itu diketahui selepas 4 bulan Bob menjalani diet. Kala itu dia sedang melakukan PET scan di Townsville Mater Hospital.

Tumor yang bersarang di perut Bob disyaki sebagai tumor ganas. Setelah diukur, ketumbuhan itu mempunyai diameter 35 cm dan berat 10,5 kg. Berat itu setara dengan berat seorang perempuan yang sedang hamil bayi kembar.

“Ini bayi yang cukup besar,” ujar Bob bergurau. “Isteri saya senang itu aku (yang mengalami), bukan dia,” tambahnya.

Kerana tergolong tumor ganas, maka boleh merebak ke bahagian lain tubuh Bob, sehingga boleh menyerang organ-organ vitalnya dan dapat membunuhnya. Pada Jumaat (26/10) lalu, pembedahan dilakukan secara intensif dalam masa 5 jam.


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: