Posted by: BestOneOfFour | 11 Oktober 2012

Meninggal kerana Kanser Setelah Doktor 30 Kali Salah Diagnosis

Malang benar nasib wanita ini. Setelah doktor 30 kali salah diagnosis, ia harus meninggal kerana penyakit kanser. Seandainya tidak terlambat, usianya mungkin masih boleh lebih panjang.

Menurut keluarganya, Jeannine Harvey (33 tahun) meninggal kerana kanser serviks (leher rahim) setelah doktor 30 kali salah mencari penyakitnya.

Doktor awam yang pertama kali mendiagnosis dan doktor lain di 2 rumah sakit menyatakan Jeannine mengalami kecemasan, sakit saraf dan malah ligamen koyak.

Kerana terlalu lama mendapat diagnosis dan tidak sempat mendapat pertolongan, kanser yang berkembang di serviksnya pun mula merebak, menjangkiti dan memusnahkan tulang panggulnya. Ibu empat anak ini pun meninggal tak lama kemudian.

“Rawatan yang diterima Jeannine seperti di Abad Kegelapan. Dia lumpuh dengan rasa sakit tapi tidak ada yang mendengar. Dia hampir tidak tidur selama enam bulan kerana sakit. Tetapi tidak ada seorang pun di sana nampaknya dapat melihat betapa buruknya keadaan dia,” ujar saudaranya Marie Donovan (34 tahun), seperti dipetik dari theSun, Khamis (11/10/2012).

Jeannine, yang berasal dari Rowley Regis, West Midlands, pertama kali mengeluh sakit pada Disember lalu. Hasil ujian ultrasound mendedahkan ada tumor sekitar 1.5 inci di sebelah kiri punggungnya. Tapi enam minggu kemudian Birmingham City Hospital mengatakan tumor itu telah menghilang dan mungkin merupakan kista yang sudah pecah.

Beberapa hari kemudian Jeannine jatuh dan dibawa ke kecemasan di Sandwell Hospital. Menurut kakaknya, ujian lebih lanjut gagal menentukan masalah yang sebenarnya.

Jeannine menghabiskan enam minggu di City Hospital menunggu untuk dipindahkan ke rawatan pakar. Keluarganya diam-diam merakam keadaan Jeannine di tempat tidur dan mendapati ia menangis kesakitan, “Saya tenat”.

Pada bulan Jun lalu, tumor ditemui lagi dan dengan saiz dua kali ganda. Jeannine pun meninggal di bulan Julai. Merasa dianiaya, keluarga akhirnya mengambil tindakan undang-undang

“Kami ingin penjelasan,” tegas si kakak.


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: