Posted by: BestOneOfFour | 5 Oktober 2012

KIMOTERAPI: APA YANG ANDA PERLU TAHU

Kimoterpi adalah satu kaedah yang dikatakan sangat berkesan untuk merawat kanser. Ia adalah “magic words” yang sering keluar dari mulut pegawai perubatan dalam menghadapi kanser. Adalah amat penting anda mengetahui maklumat yang sebenar mengenai kimoterapi sekiranya doktor mencadangkan anda menjalani kimoterapi. Kerana seringkali pesakit kanser diberi penerangan sepintas lalu sahaja memandangkan adakalanya doktor terpaksa menyembunyikan sesuatu fakta kerana pelbagai sebab.

KIMOTERAPI ialah satu kaedah untuk membunuh sel kanser yang didapati membelah dengan terlalu cepat sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada tisu badan. Pihak farmasi merekodkan sehingga kini terdapat lebih daripada 100 jenis dadah yang digunakan untuk rawatan kimoterpi. Penggunaannya bergantung kepada jenis kanser, tahap kanser dan lokasi kanser berada. Adakalanya doktor terpaksa menggunakan kombinasi dadah kimoterapi  untuk jenis2 kanser berlainan.

Terdapat pelbagai cara untuk melakukan kimoterapi bergantung kepada jenis dan tahap kanser, kesihatan anda dan sejauhmana potensi kanser akan merebak pada organ2 penting anda.

1. Melalui salur darah. Dadah akan disalurkan melalui salur darah yang cara menyeluruh keseluruh badan anda. Ini dilakukan sekiranya kanser anda berada pada tahap 4 dan sel kanser anda telah merebak ke banyak bahagian badan anda. Kaedah ini dikenali “INTRAVENOUS IV”.

2. Melalui mulut. Kaedah ini anda mengambil dadah kimo melalui pil yang ditelan.

3. Melalui suntikan. Dadah kimo disuntik terus kepada kedudukan kanser atau tumor.

4. Sapuan pada kulit. Kaedah ini digunakan untuk kanser kulit.

Apakah kesan sampingan Kimoterapi. Kimoterapi terkenal dengan banyak kesan sampingan dan adakalanya doktor tidak menyatakan kesemuanya atas pelbagai sebab. Berikut adalah kesan2 sampingan yang agak lengkap yang perlu anda ketahui.

1. Pendarahan samaada melalui mulut atau rongga badan yang lain.

2. Kekeringan, kulit menjadi bersisik,kering dan berkedut

3. Keguguran rambut samaada  sebahagian atau keseluruhan.

4. Kebas pada tapak tangan atau kaki.

5. Perubahan kepada sistem pendengaran anda.Contohnya bunyi bergaung.

6. Sering muntah adakalanya disertai darah.

7. Bengkak pada sistem deria atau pada organ badan.

8. Perubahan kepada warna kulit

9. Mudah dujangkiti penyakit samaada demam,batuk dsbnya.Kerana sistem imun telah binasa.

10. Kerosakan pada organ penting seperti jantung,hati,saluran darah dsbnya.

11. Kelesuan atau tidak bermaya.

12. Hilang selera makan.

Adakalanya simpton2  diatas adalah berbentuk sementara dan akan hilang apabila anda memberhentikan rawatan kimoterapi. Kebiasaanya doktor akan menggunakan dadah2 tertentu untuk menghadapi setengah2 simpton. Namun jika terjadi kerosakan pada organ2 tertentu  badan ia kebiasaanya bersifat kekal. Ini termasuk kerosakan pada saluran darah.

Kos Rawatan Kimoterapi.

Sebelum anda menerima tawaran kimoterapi sila pastikan anda berkemampuan dari segi kewangan anda. Ini adalah kerana biasanya doktor tidak benar2 dapat memastikan berapa lamakah atau berapa kalikah anda harus menjalani kimoterapi. Dan adalah juga penting anda bertanya kepada doktor anda kebarangkalian anda terpaksa beralih kepada dadah yang lebih kuat setelah memulai dengan dadah yang kurang kuat. Dadah yang lebih kuat amat mahal. Adakalanya ia bolih mencecah sehingga RM5000 ke RM10,000 untuk sekali kimo di hospital swasta dan hospital kerajaan dalam lingkungan RM2000. Kos ini belum mengambil kira beberapa faktor lain umpamanya pembedahan kecil, tempat rawatan ( adakalanya kimo bolih dilakukan dirumah ).

Jika anda mempunyai insuran kesihatan pastikan jumlah bayaran yang akan ditanggung oleh pihak insuran dan polisi anda menyatakan jenis ubat kanser yang didalam skop ditanggung oleh pihak insuran. Pihak insuran mempunyai kaedah2 tertentu untuk membataskan pembayaran bergantung kepada premium yang anda bayar.

Yang mustahak, tanya doktor anda dahulu jenis2 dadah yang dijangka digunakan dan serahkan pada pihak insuran. Oleh itu anda perlu bijak bila membeli polisi insuran. Perubatan kanser perlu dituliskan dengan jelas didalam perjanjian bukan hanya sekadar janji mulut agen2 insuran. Kerana pengubatan kanser bolih sahaja mencecah ratusan ribu ringgit.

Sebelum anda membuat keputusan untuk menjalani kimoterapi perkara pertama yang perlu anda ketahui ialah “apakah jenis kanser yang sedang anda hadapi dan kepantasannya merebak kepada organ2 penting yang bolih melumpuhkan keseluruhan sistem badan anda. Umpamanya, adakah tumor anda berada berhampiran jantung atau paru2 anda. Adakah anda menghadapi kanser pada organ penting seperti kanser perut atau kanser usus. Mengapa ini penting?


Responses

  1. Doktor yang berbuat demikian akan digantung lesen perubatan mereka. Dan ini telah mencengkam dengan teruk pengetahuan dan pengembangan vitamin B17 diseluruh dunia. Sehingga kehari ini semua doktor-doktor perubatan hanya mengesyorkan 3 cara sahaja untuk merawat kanser yaitu pembedahan untuk membuang tumor, tembakkan radiasi untuk mengecutkan tumor dan kimoterapi untuk membunuh sakibaki sel kanser yang telah merebak kebahagian lain badan. Dan ketiga tiga cara ini mendapat pengiktirafan dunia perubatan walaupun stastistik yang ada menunjukkan ramai pesakit kanser mati dikatil hospital dalam keadaan yang amat menyedihkan.


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: