Posted by: BestOneOfFour | 9 Julai 2012

“Kanser Prostat” mencegah adalah lebih baik dari mengubatinya

Apakah kanser prostat

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ini bukannya kanser walaupun gejala mungkin menyerupai dengan kanser prostat.

Kanser prostat ialah perebakan ketumbuhan yang bermula dari dalam kelenjar prostat lelaki . Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat ( juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

Punca punca kanser prostat

Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:

    1. Usia

Risiko kanser prostat meningkat dengan usia. Peningkatan yang cepat berlaku selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia 65 tahun atau warga emas.

    1. Sejarah keluarga

Anda berisiko mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.

    1. Hormon

Paras testosteron ( hormone seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.

Tanda & Gejala kanser prostat

Gejala kanser prostat:

  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.

Jika anda mengalami gejala kanser prostat ini, Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya

Diagnosa kanser prostat.

Diagnosa kanser prostat:

  1. Prostate-Specific Antigen (PSA) test – adalah bahan ( sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang prostat).
  2. Digital Rectal Examination ( DRE). Doktor memakai glov (sarong tangan) dan jari dimasukkan kedalam dubur dan rasa permukaan prostat dan didapati tidak sekata. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.
  3. Transrectal Ultrasound (TRUS) – Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan ambil gambar.
  4. Biopsy – hanya satu cara untuk memastikan kanser didiagnosakan iaitu dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
  5. Computed Tomography (CT atau CAT) scan. CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan X’Ray.
  6. Magnetic Resonance Imaging (MRI) – MRI mengunakan lapangan magnet, bukan x-ray untuk menghasilkan imej lengkap badan.

Peringkat kanser prostat:

  • Peringkat 1 Kanser (<5%) terletak di prostat .
  • Peringkat 2 Kanser (>5%) terletak di kelenjar prostat .
  • Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
  • Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, kelenjar di pelvik atau bahagian lain kebanyakannya tulang

MENCEGAH PENYAKIT KANSER PROSTAT ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA

Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik. Dalam bahasa nutrient, Biji Aprikot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit kanser prostat.

VITAMIN B17 & BROMILIN, KOMBINASI TERBAIK (PERENCAT SEL KANSER)

promosi aprikot & bromilin
Bromilin sangat diperlukan bersama B17 kerana ianya berfungsi untuk MEMECAHKAN LAPISAN PROTEIN DINDING SEL-SEL KANSER, KEMUDIAN BARULAH B17 BOLEH MASUK KE DALAM SEL-SEL KANSER UNTUK MEMBUNUH SEL-SEL GANAS tersebut.

Harap dapat membantu anda semua lebih faham cara sebenar fungsi Bromilin & B17.

Sebarang pertanyaan / pembelian hubungi, SMS @ WhatsApp : 0133016699 atau 0126381577 (COD – Meru / Shah Alam)


Responses

  1. Salam Tuan/Puan…saya nak tanye…Satu minngu yang lepas saya bangun pagi, lepas tu saya tak tahan untuk buang air kecil disebabkan kadungan air kencing saya penuh sangat. Dan saya paksakan untuk buang air kencing tersebut, lepas habis air kencing saya merasa bahagian saluran air kencing saya pedih, dan tidak lama kemudian keluar darah bercampur dengan air kencing sebanyak 3 atau 4 tetes pedih sangat rasanya. Lepas tu pada pukul 12 tengah hari saya merasa mau buang air kencing lagi,,,awalnya kencing saya kuning agak pekat dikit,,,lepas tu berulang kembali keluar darah bercampur air kencing sebanyak 3 atau 4 tetes lagi,,,pun rasanya sangat pedih,,,menjelang petang saya kencing lagi, rasanya pun masih pedih, tapi tetesan darah bercampur dgn air kencing tidak keluar lagi, cuma air kencing agak pekat kuning-kuning dikit, dan sekarang saya merasa air kencing saya sering tertahan-tahan, kerap buang air kecil, aliran kencing pun lemah, dan sekali-sekala ada terjadi pembengkakan di bahagian Uretra. Apakah sakit yg saya ini salah satu sakit Kanser Prostat…Mohon di balas…Terima kasih

    • Jarang, dalam kes-kes yang lebih advance, kanser boleh membesar dan menekan uretra. Hasilnya, aliran air kencing akan berkurangan dan membuang air kecil menjadi lebih sukar. Pesakit juga mungkin mengalami kesakitan dengan membuang air kencing atau terdapat darah dalam air kencing. Bila tumor terus berkembang, ia benar-benar boleh menyekat pengaliran air kencing, menyebabkan pundi kencing  dihalang dan membesar, ini menyakitkan. Gejala-gejala ini bagaimanapun, tidak mengesahkan kehadiran kanser prostat. Kebanyakan daripada gejala ini boleh berlaku pada lelaki dengan pembesaran (benign) bukan kanser prostat (bentuk yang paling biasa pembesaran prostat).

      Walau bagaimanapun, berlakunya gejala-gejala ini harus disokong penilaian oleh doktor untuk mengesahkan kanser dan memberikan rawatan yang sesuai. Segeralah ke hospital untuk pengesahan dan rawatan lanjut.

  2. Hari ini saya dan suami saya pergi brjumpah dokter….suami saya sering megaduh susah nak kencing dan sakit2 pinggang….bila dokter memeriksa suami saya, dokter mendapati kelenjar suami saya besar. Kemudian dokter itu meyuruh suami saya membuat ujian x-ray, tapi bila diperiksa tidak mempunyai batu. Saya betul2 risau dengan keadaan suami saya. Adakah kemungkinan suami saya megalami kanser prostat ? Boleh kanser prostat ini boleh d sembuh kn ?

  3. Salam pertanyaan.saya nak tnyer..suami saya mempunyai masaalah..kelenjar bengkak..(iaitu.tak normal)..setiap x apabila kami bersama saya rasa tak berapa selesa kerana keadaan kelenjar nye yg membenkak..adakala ianyer rasa seperti kebas..bila sya tnyer dia kata tak sakit..bila saya suruh dia pergi buat pemeriksaan dia taknak..jadi cara yg bagaimana saya nak tahu apakah masaalah yg telah berlaku terhadap kelenjar suami sya..harap maklon..terima kasih

    • Sepatutnya perubahan ini tidak dipandang mudah oleh suami puan. Pemeriksaan awal dapat mengesan permasalahan yang dialami.

      Bengkak kelenjar di pangkal peha berkait dengan jangkitan di kaki atau kemaluan.

      Ini kerana dikhuatiri ketulan atau benjolan itu adalah perubahan pra kanser atau tanda awal penyakit berbahaya.

  4. Saya kena sakit perut yg kuat pg semalam. Mcm kena kembung perut. Tp bila saya buang air kecik, darah yg keluar. Kemudian saya jumpa doktor. Selepas check kencing, nyata bukan masalah batu karang, doktor syak mungkin masalah prostate bengkak. Pg td saya kena sakit perut lg tp kencing dah tak berdarah lg. Mungkin sbb saya dah mkn ubat untuk hentikan darah. Pada pendapat tuan, apa sebenarnya masalah saya ini.

    • Apa yang dapat saya sarankan untuk pencegahan, tuan kena minum air dengan secukupnya dan elakkan menahan kencing. Selain daripada prostat bengkak mungkin juga disebabkan jangkitan kuman dan buah pinggang. Silalah buat pemeriksaan ke doktor sekali lagi untuk ujian air kencing bagi memastikan sebab sebenar kencing tuan berdarah.

  5. Saya ada dengar bahawa kanser prostat boleh terjadi di sebabkan seseorang itu sering melakukan onani..adakah betul?

    Harap jawab

    • Tiada kaitan kanser prostat disebabkan sering onani, cuma jangan amalkan masturbasi. Ia akan effect benda lain termasuk PE

      Untuk maklumt: Kumpulan kajian Harvard The Health Professionals Follow-Up telah mengumpulkan sukarelawan sejak 1986. Pada tahun 1992, 29 342 lelaki yang berusia antara 46 hingga 81 memberikan maklumat tentang jumlah ejakulasi dalam sebulan ketika usia 20-30, 40-49 dan tahun-tahun berikutnya. Ejakulasi termasuk hubungan seksual, mimpi dan masturbasi. Para sukarelawan memberikan data kesihatan yang komprehensif dan gaya hidup setiap dua tahun sehingga penelitian disimpulkan pada tahun 2000.

      Kajian menunjukkan tiada bukti mengaitkan ejakulasi dengan peningkatan kanser prostat. Bahkan kekerapan ejakulasi dikaitkan dengan penurunan risiko kanser prostat. Kajian menunjukkan perbandingan mereka yang melaporkan 4-7 kali ejakulasi sebulan di seluruh hidup mereka dengan lelaki yang ejakulasi 21 kali atau lebih sebulan 31% lebih rendah risiko kena kanser prostat.

      Penyelidikan terkini yang dilakukan di Australia menunjukkan bahawa lelaki yang kerap melakukan masturbasi ketika berusia 20-an, mungkin mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengelakkan kanser prostat di kemudian hari. Tetapi perlu diingatkan ini bukan lesen untuk bermasturbasi. Lepas ni ramai la pulak yang buat.

      Kajian nyata menunjukkan bahawa kesan perlindungan dari ejakulasi sangat besar bila lelaki dalam usia dua puluhan ejakulasi pada purata tujuh atau lebih seminggu. Kumpulan ini satu pertiga lebih rendah untuk mengembangkan kanser prostat bila dibandingkan dengan lelaki yang ejakulasi kurang dari 3 kali seminggu pada usia ini. Dari kajian Harvard, lelaki yang ejakulasi 6-7 kali seminggu adalah 36% kurang di diagnosis dengan kanser prostat sebelum usia 70 berbanding lelaki yang ejakulasi kurang dari 2,3 kali seminggu.

  6. di mana blh dapatkan d’apprikot ni?tq

    • Maklumat untuk membeli vitamin b17 ada dipenjuru atas sebelah kanan blog ini. Terima kasih.

  7. Kalau orang tua berumur dlm 80-an ader kanser tersebut dan sudah mencapai 80% kansernyer. masih boleh diselamatkan? Jika boleh, apa caranya?

    • Eloklah berjumpa doktor. Sebagai ikhtiar tak salah untuk mencuba.


Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: