Kanser Testis @ Kanser Buah Zakar

21 02 2013

Kanser buah zakar atau Kanser testis adalah jenis kanser paling lazim menyerang lelaki muda yang berusia antara 15 hingga 35 tahun. Biarpun begitu, ia boleh menyerang pada sebarang kumpulan usia. Kanser buah zakar biasanya dikesan sama ada secara tidak sengaja atau melalui pemeriksaan sendiri.

kanser testis

Dianggarkan terdapat 14 jenis kanser yang berasal daripada buah zakar. Namun kebanyakannya bermula dengan sel germa, di mana sel sperma dihasilkan. Kanser buah zakar boleh dibahagikan kepada dua kategori:

Kanser seminoma:

Dibentuk oleh sel germa primer yang membesar dengan perlahan dan secara relatifnya tidak merebak.Secara kasar ia membentuk 40 peratus kes kanser testis.

Kanser non-seminoma:

Berpunca daripada sel germa yang lebih matang dan agresif berbanding seminoma. la juga adalah kombinasi beberapa jenis kanser yang berbeza.

Sehingga kini penyebab kanser buah zakar masih menjadi misteri. la menyerang lelaki muda secara rawak.Biarpun beberapa faktor telah dikenal pasti tetapi punca utama masih belum ditemui. Bagaimanapun, kebanyakan kes kanser buah zakar boleh dirawat sekiranya dikesan diperingkat awal. Dan ia boleh dilakukan sekiranya anda membuat pemeriksaan diri sendiri setiap bulan.

Apakah simptom-simptomnya Kanser Buah Zakar?

Kanser buah zakar boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.Beberapa siri ujian dan imbasan harus dilakukan untuk mengetahui tahap penyakit seseorang itu.

Peringkat pertama kanser hanya terbatas pada buah zakar. Andainya sudah merebak, ia akan bergerak menuju ke nodus limfa retroperitoneal, kelenjar yang menapis bakteria clan pembentukan sel kanser dalam cecair limfa yang terletak antara diafragma dan buah pinggang, dekat bahaglan belakang tubuh.

Pada peringkat akhir, kanser akan merebak ke seluruh tubuh kemudian paru-paru, otak, hati dan tulang.Kalau kanser yang menyerang adalah agresif dan dibiarkan tidak dirawat,kematian bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana 95 peratus kanser buah zakar adalah malignan (bahaya) dan merebak jika tidak dirawat,

Kanser buah zakar boleh menunjukkan simpton-simptom di bawah. Harus diketahui simptom-simptom ini juga boleh disebabkan oleh keadaan tidak berbahaya yang lain, jadi pendapat daripada ahli urologi sangat digalakkan:

  • Bengkak pada salah satu buah zakar. Biasanya bersaiz kacang pea tetapi kadangkala lebih besar.
  • Sebarang pembesaran atau pengecutan saiz buah zakar.
  • Berlaku perubahan yang tidak konsisten pada buah zakar, biasanya kekerasan.
  • Rasa buah zakar lebih berat.
  • Rasa sakit di bahagian bawah perut atau pangkal paha.
  • Cecair tiba-tiba berkumpul paca buah zakar.
  • Rasa tidak selesa pada testis atau skrotum (kantung buah zakar).
  • Pembesaran atau kelembutan pada bahagian dada.

Siapakah Yang Berisiko Mengidap Kancer Buah Zakar?

Lelaki muda yang berusia antara 15 hingga 35 tahun merupakan golongan yang paling berisiko tinggi.Tetapi serangan kanser buah zakar jenis ini jarang berlaku iaitu empat daripada 100,000 lelaki. Puncanya masih tidak diketahui namun statistik menunjukkan lelaki caucasian lebih cenderung diserang kanser buah zakar berbanding Latin, kulit hitam dan Asia.

Lelaki yang dilahirkan dengan buah zakar terbentuk di dalam bahagian bawah perut bukan skrotum (kantung buah zakar) lebih berisiko diserang kanser buah zakar. Keadaan ini tidak akan berubah melainkan secara pembedahan.

Lelaki yang mengalami lain-lain masalah buah zakar turut berdepan risiko yang lebih tinggi kanser jenis ini. Pencemaran didakwa turut menyumbang dalam serangan kanser buah zakar berdasarkan jumlah kes yang boleh dikaitkan dengan faktor tersebut sejak 30 tahun lalu. Namun hipotesis itu terus kekal menjadi hipotesis.

Lakukan Sendiri Pemeriksaan Buah Zakar.

Cara terbaik untuk mengesan kanser buah zakar di peringkat awal adalah dengan melakukan pemeriksaan diri sendiri, yang mana harus dilakukan oleh setiap lelaki yang berusia 15 tahun dan ke atas. la mudah, cepat can tidak menyakitkan. Lebih kerap melakukannya, anda akan lebih biasa dengan saiz normal can tekstur buah zakar. Sekiranya timbul sebarang keganjilan, dengan pantas anda dapat mengesannya.

Apa yang harus anda lakukan ialah:

1. Mandi dengan air panas. Suhu yang agak panas akan merelakskan skrotum dan memudahkan anda merasainya.

2. Berdiri di depan cermin dan periksa jika terdapat bengkak.

3. Periksa setiap buah zakar cengan kedua-dua tangan. Pegang dengan menggunakan ibu jari can jari hantu dan perlahan-lahan gerakkannya.

4. Pastikan kedudukan epidermis, flub lembut di belakang buah zakar yang berfungsi menyalurkan sperma.Jangan tersilap menganggapnya sebagai benjolan. Benjolan sering terjadi paca bahagian depan dan tepi buah zakar.

5. Sekiranya anda menjumpai benjolan, teruslah berjumpa dengan pakar urologi. Kebanyakan benjolan bukan kanser tetapi hanya pakar yang mampu memastikannya.

Apa yang boleh anda lakukan?

Rawatan terbaik adalah dengan mencegah dengan mengesannya diperingkat awal. Dan berita baik mengenai kanser buah zakar adalah mangsa boleh disembuhkan.Terdapat empat bentuk rawatan iaitu pembedahan, kemoterapi, terapi radiasi clan pengawasan rapi.

Pembedahan adalah bentuk rawatan paling lazim di mana buah zakar yang diserang akan dibuang melalui prosedur yang dikenali sebagai inguinal orchietomy. Kadangkala nocus limfa di bahagian perut turut dibuang sekiranya kanser telah berada di peringkat kedua. Begitu juga dengan tisu-tisu lain bagi kanser peringkat ketiga.

Terapi radiasi melibatkan penggunaan sinar cahaya bertenaga tinggi untuk membunuh sel kanser. Seminoma amat sensitif dengan radiasi dan mati dengan cepat. Non-seminoma lebih resistan, jadi terapi radiasi jarang digunakan.

Kemoterapi acalah rawatan bahan kimia terhadap kimia. la merupakan prosedur yang kerap digunakan apabila kanser telah merebak ke seluruh tubuh. Ubat disuntik mengikut tempoh dan perkembangan pesakit dipantau. Cisplatin merupakan ubat kanser buah zakar yang digunakan dengan meluas dan mampu menyembuhkan sehingga 92 peratus kes.

Kesan sampingan.

Membuang satu buah zakar tidak akan mengganggu keupayaan lelaki untuk mengalami ereksi, orgasma atau memiliki anak , sebelah buah zakar mampu melakukannya. Implan boleh dibuat untuk menggantikan buah zakar yang telah dibuang, yang mempunyai berat dan bentuk buah zakar yang normal.

Membuang nocus limfa juga tidak akan menjejaskan ereksi dan orgasma. Tetapi ia boleh mengganggu kesuburan disebabkan operasi pembedahan berkait dengan saraf mekanik ejakulasi. Lelaki yang melalui pembedahan seperti ini harus berbincang dengan doktor tentang kaedah-kaedah alternatif yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan saraf tersebut.

Sel normal turut terjejas oleh terapi radiasi tetapi pesakit boleh sembuh. Radiasi tidak memberi kesan kepada prestasi seksual tetapi boleh memusnahkan pengeluaran spe’rma buat sementara waktu. Kesan sampingan fizikal termasuklah letih,cirit-birit dan loya. Kadangkala kesan keradangan boleh terjadi pada kulit dan doktor akan memberikan losen atau krim untuk melegakannya.

Kemoterapi menyebabkan kesan sampingan yang lebih serius. la termasuklah keguguran rambut, hilang selera, sistem imun tubuh yang rendah dan terdedah kepada serangan penyakit, loya, muntah can ulser mulut. la juga turut menjejaskan pengeluaran sperma. Sesetengahnya sembuh dalam tempoh beberapa tahun dan ada juga yang kekal.

Bagaimana Menangani Kanser Buah Zakar.

Mengetahui anda diserang kanser adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterima. Perasaan bercampur-baur seperti keliru, takut, kaku, menafikannya dan marah. Ada yang mengasingkan diri, yang boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi insan yang rapat dengan mereka.

Adalah penting untuk berbincang masalah yang dihadapi dengan keluarga ‘ doktor dan teman-teman. la mengurangkan rasa takut dan memberi keyakinan kepada diri tentang kehadiran keluarga dan teman disekeliling yang sentiasa menyokong anda. Bagaimanapun mangsa harus memulakan perbualan. Memaksa mangsa memulakan bicara biasanya kurang produktif.

Kumpulan penyokong dan klinik khidmat sosial adalah sumber yang dipercayai untuk mendapatkan maklumat dan kelegaan. Namun biasanya pesakit harus memiliki keberanian untuk mendapatkan pertolongan sebaik sahaja mengetahui dia telah diserang kanser buah zakar dan menenangkan perasaan ahli keluarga terdekat.

Cara Paling Mudah Untuk Mencegah Kanser Buah Zakar.

Walaupun kanser buah zakar jarang berlaku, mangsanya dipilih secara rawak. Kaum lelaki perlu melakukan pemeriksaan diri sendiri secara jujur, terutamanya jika tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi. Sememangnya kanser buah zakar boleh dirawat, namun ia bukanlah alasan untuk anda menjadi mangsa seterusnya. Sebagai alternatif disarankan B17 Aprikot dan Cellfood untuk pencegahan dan rawatan bagi kanser testis atau kanser buah zakar ini.

VITAMIN B17 & BROMILIN, KOMBINASI TERBAIK (PERENCAT SEL KANSER)

promosi aprikot & bromilin
Bromilin sangat diperlukan bersama B17 kerana ianya berfungsi untuk MEMECAHKAN LAPISAN PROTEIN DINDING SEL-SEL KANSER, KEMUDIAN BARULAH B17 BOLEH MASUK KE DALAM SEL-SEL KANSER UNTUK MEMBUNUH SEL-SEL GANAS tersebut.

Harap dapat membantu anda semua lebih faham cara sebenar fungsi Bromilin & B17.

Sebarang pertanyaan / pembelian hubungi, SMS @ WhatsApp : 0133016699 atau 0126381577 (COD – Meru / Shah Alam)





Awas!!! Tanda-tanda awal Kanser yang perlu diberi perhatian

30 09 2011

b17aprikot.wordpress.com ~ Kanser merupakan salah satu penyakit maut dan ditakuti ramai orang. Tetapi sebenarnya kanser boleh ditangani jika dikenalpasti sejak awal. Untuk itu, ada beberapa tanda-tanda kanser yang perlu diberi perhatian dan tidak boleh diabaikan.

Gejala-gejala awal kanser sering diabaikan oleh pesakit kerana dianggap boleh hilang dengan sendirinya. Padahal semakin awal kanser dikesan, maka semakin besar harapan hidup pesakit.

1. Berat badan turun secara tidak dijangka
Ramai wanita ingin sekali menurunkan berat badan tanpa senaman atau diet yang ketat, tetapi ini mungkin berubah menjadi gejala kanser kecuali bukan disebabkan oleh kelenjar tiroid hiperaktif. Oleh kerana itu, penurunan berat badan yang tak dijangka dan tidak sengaja tidak boleh diabaikan.

2. Kembung
Kembung begitu umumnya dirasakan oleh ramai orang, tetapi jika anda sentiasa merasa kembung untuk tempoh masa yang lebih panjang, maka itu adalah sesuatu yang tidak harus diabaikan. Berhati-hati dengan gejala lain seperti sakit gout, masalah kencing, masalah lemah kawalan kencing (ketidakupayaan untuk mengawal pergerakan usus) dan walaupun rasa kenyang tanpa makan banyak. Gejala-gejala ini mungkin menunjukkan tanda-tanda kanser ovari.

3. Perubahan pada payudara
Mereka biasanya mencari ketulan-ketulan, tetapi ini bukan satu-satunya simptom itu. Wanita juga mesti berhati-hati dengan kemerahan dan penebalan kulit payudara. Jika terdapat ruam untuk beberapa minggu ianya memerlukan rawatan perubatan.

4. Pendarahan luar biasa
Jika anda mengalami pendarahan luar biasa antara kitaran haid, maka ia tidak patut terlepas perhatian. Malangnya, banyak wanita pramenopaus cenderung untuk mengabaikan ini. Ini boleh jadi satu gejala kanser uterus, endometrium atau kolorektal. Jika darah muncul dalam air kencing atau najis boleh jadi lebih daripada hanya buasir. Ini boleh menunjukkan kanser kolon, pundi atau buah pinggang.

5. Perubahan kulit
Berhati-hati pada perubahan-perubahan kulit seperti jeragat berlebihan, pendarahan atau pembentukan tahi lalat baru. Ini boleh jadi satu gejala barah kulit.

6. kesulitan menelan
Kesulitan dalam menelan makanan atau tidak selesa selepas menelan makanan, jika terus berlaku selama beberapa hari, maka harus mendapat perhatian doktor. Ini mungkin menunjukkan kanser kerongkong.

7. Perubahan di dalam mulut
Jika anda seorang perokok atau mengambil segala bentuk tembakau, maka anda akan perlu memeriksa setiap tompok putih di lidah dan bahagian dalam mulut. Ini boleh menjadi tanda kanser mulut atau leukoplakia.

8. Sakit berterusan
The American Cancer Society menyatakan bahawa setiap rasa sakit terus-menerus atau sakit di dalam badan perlu diperiksa sebagai gejala kanser, walaupun semua rasa sakit tidak selalu menunjukkan perkembangan kanser.

9.Perubahan dalam kelenjar limfa
Jika terdapat pembesaran kelenjar limfa di leher atau ketiak dan berterusan selama lebih daripada sebulan, adalah perlu untuk menerima rawatan perubatan.

10. Demam dan batuk berpanjangan
Bila demam dan batuk berlaku secara berterusan tetapi bukan disebabkan oleh selesema atau jangkitan lain, maka ia mungkin satu gejala leukemia atau limfoma. Batuk boleh disertakan bersama selsema dan demam, tetapi jika batuk berterusan selama lebih dari 3 minggu, maka ia tidak harus terlepas pandang.

11. perubahan pada buah zakar
Kanser testis lebih lazim pada lelaki dalam kumpulan umur 20 hingga 39 tahun. Pemeriksaan sendiri testis secara tetap perlu dilakukan dan apa-apa perubahan dalam penampilan tidak harus diabaikan. Pembentukan tahi lalat baru. Ini boleh menjadi tanda-tanda kanser kulit. ~ Detik

p/s: B17 APRIKOT penawar terbaik untuk melawan KANSER.

Berat bersih : 150 gram.
Kuantiti : 300 kapsul.
Harga :RM150.00 sebotol

Untuk pesanan sila kelaman Pembelian








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,834 other followers