Kanser: Penawar Yang Tersembunyi

24 11 2012

Lebih berkurun lamanya penyakit kanser menjadi pembunuh nombor dua selepas penyakit jantung. Sejak dari itu jugalah ramai saintis menjalankan kajian untuk mencipta penawar bagi mengubati penyakit tersebut. Dianggarkan lebih enam juta orang di seluruh dunia telah mati akibat penyakit kanser. Anggaran ini pastinya akan meningkat dengan lebih dari 40 ribu orang yang masih menderita.

Kos rawatan bagi seorang pengidap kanser mencecah ratusan ribu ringgit sangat membebankan mereka. Kos tersebut meliputi ubat-ubatan, penginapan, perkhidmatan dan rawatan susulan. Namun mengikut rekod, peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya adalah amat tipis. Industri farmaseutikal mampu mengaut keuntungan lumayan dan mengambil kesempatan yang cukup baik. Penghasilan pelbagai vaksin dan ubat-ubatan yang sudah ditentukan pembelinya menyebabkan industri ini terus ‘bernyawa’. Selain itu, pengetahuan masyarakat sedunia juga dikawal dengan kongkongan pelbagai pertubuhan seperti Food and Drug Administration (FDA) yang hanya mengiktiraf sesuatu yang boleh menjamin kepentingan mereka sahaja. Andai kata tidak ada seorang pun pesakit, maka industri ini pastinya akan muflis.

Seorang pakar kanser iaitu Profesor Dr.Robert Beck cuba mengoyahkan industri farmaseutikal ini dengan menyatakan bahawa penyakit kanser ini boleh dirawat sepenuhnya melalui pengambilan vitamin B17 atau Laetrile. Namun tentu sekali pendapat ini di sangkal dan diketepikan oleh industri farmaseutikal. Mereka begitu bimbang akan implikasi yang bakal merugikan organisasi tersebut. Ternyata wujud penipuan dan pembohongan serta komplot tertentu.

Apa yang dihujahkan oleh Dr.Beck ada buktinya. Hasil kajian yang dijalankan mendapati binatang liar yang hidup di hutan tidak mengidap penyakit kanser. Tetapi apabila ditangkap dan ditempatkan di zoo serta diberi makanan manusia, ada antara binatang tersebut mati akibat penyakit kanser. Ini bermakna diet nutrisi manusia ketika ini berpotensi mengundang penyakit kanser.

KANSER merupakan sejenis penyakit dimana sel tubuh penyakit pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain. Sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Dikatakan juga dengan adanya hanya satu sel kanser yang aktif dalam tubuh badan seseorang ia mampu mengundang 427 jenis penyakit. Penyakit kanser dikelaskan dalam penyakit kronik metabolik yang dapat diubati dengan pengambilan diet nutrisi yang betul seperti penyakit skurvi dan penyakit elegra.

Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai nitrilosides adalah bahan semulajadi yang boleh diambil dalam diet seharian kita. Bahan yang terdapat dalam nitrilosides ini bukan sahaja boleh memusnahkan sel kanser malahan membaiki sel normal. Bilangan sel darah merah dan heamoglobin turut dapat ditambah melalui kaedah pengambilan bahan makanan ini.

Nitrilosides mempunyai dua elemen Glucose (gula) serta masing-masing satu elemen Hydrogen Cynide(CYD) dan Benzaldehyde (BZD).Elemen CYD dan BZD berkebolehan untuk membunuh manusia dengan serta-merta. Tetapi oleh kerana ikatan kedua-dua elemen tersebut dengan dua lagi elemen glucose yang lain kuat, menjadikan ia selamat.untuk membuka ikatan ini enzim Beta-glucosidase diperlukan.

Masyarakat jepun mempunyai rekod penyakit kanser yang rendah dan kadar kesihatan yang tinggi. Diet utama mereka seperti sushi dan makanan lain dimakan secara mentah. Mereka juga mengambil sayur-sayuran yang mengandungi enzim-enzim yang diperlukan oleh tubuh badan. Kebiasaannya mereka memasak sayur berkenaan di bawah 40 darjah celsius. Suhu tersebut amat optimum untuk tindak balas metabolisme.

Enzim merupakan molekul protein yang bertindak balas sebagai pemangkin yang meningkatkan kadar tindak balas metabolisme dalam sel. Enzim begitu peka terhadap perubahan suhu. Jika suhu terlalu tinggi, enzim akan musnah. Ini kerana ikatan kimia yangt mengikat molekul ini akan terurai. Tetapi pada suhu yang terlalu rendah, aktiviti enzim menjadi tidak aktif.

Bukan sahaja di negara kita tetapi pasaraya di seluruh dunia memasarkan pelbagai produk yang kaya dengan karbohidrat, pengawet, pewarna, dan bahan kimia yang lain.Bahan-bahan tersebut diakui tidak mampu melawan penyakit kanser.

Millet dan buah aprikot ialah antara jenis tumbuhan  yang mempunyai kandungan vitamin B17 yang tinggi. Namun fakta ini telah diselewengkan oleh FDA dimana mereka menyatakan pengambilan buah aprikot ini akan mambawa kepada penyakit jantung.

Segala maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan daripada sumber. Tetapi anda diharap dapat membuat penyelidikan dan kesimpulan sendiri agar turut sama membongkar lebih banyak rahsia mengenai dunia perubatan.

Sumber : Halal Bio; Astro Oasis, Carian jaringan yahoo.com:cancer:vitamin b17:nitrilosides;  carian jaringan wikipedia: enzim:protein;kanser.www.worldhealth.com - Muhammad Faiz Bin Abdullah





Makanan Untuk Pesakit Kanser

23 09 2012

“Sakit, sakit amat-amat terasa bila ubat dititiskan dan alirannya menjalar ke kelenjar-kelenjar. Rambut menjadi gugur, kuku menjadi hitam dan badan sentiasa panas dan letih. Tambahan pula belakang sentiasa sakit kerana sel-sel kanser telah menular ketisu-tisu tulang. Beginilah kesannya akibat dikemoterapi.

Kekadang, berminggu-minggu dikatil hospital, sampai punggung kecut dan mengecil. Emosi sudah tak terkira menahan boring, lamanya terlantar. Orang pun dah jemu melawat. Ubat-ubat yang bermacam-macam warna umpama memakan kekacang yang banyak dijual di pasar raya. Alih-alih doktor kata “Penyakit makcik ni dah tahap 4, tapi makcik tetap kena makan ubat ni, buat prosedur itu dan ini. Bagaimana perasaan anda? Bagaimana kesudahannya?

Walaupun didiagnos dengan KANSER, bukanlah penghujung untuk kehidupan anda. Kami ada alternatif untuk rawatan dan penyelesaian penyakit ini:

Biji Aprikot adalah seumpama anak panah yang dilepaskan tepat pada mata sasaran yang telah digunakan untuk merawat beratus ribu pesakit. Mereka telah sembuh dengan sempurna dan hidup normal, walaupun telah diramal akan mati untuk beberapa bulan atau tahun sahaja.

Ini adalah satu keajaiban dari Tuhan, setiap kejadian Nya ada manfaatnya. Sebagai contoh buah aprikot, manis dan lazat dimakan, bijinya pula sangat keras, tetapi isi didalam bijinya mempunyai penawar yang besar untuk mengubati penyakit yang hari ini tidak boleh dirawat oleh pakar perubatan moden.

Rencana ini bukanlah untuk mencari publisiti, keuntungan semata-mata, tetapi kebenaran dan kisah benar yang menguntungkan masyarakat. Kita tidak boleh berdiam diri dan mengikut kehendak mereka yang mahu mendapat keuntungan dari kita dan mempercayai kata pakar perubatan kerana mereka adalah makhluk yang menggunakan akal yang terbatas dan bahan kimia buatan manusia. Apa yang penderita penyakit ini dapat dari mempecayai dan menurut kehendak mereka ialah kehilangan wang dan melalui masa yang penuh kesakitan dan penderitaan menunggu datangnya maut.

Jika ubatan ciptaan manusia sudah tidak dapat memberi penyembuhan maka beralihlah berusaha dengan menggunakan ubatan Tuhan iaitu yang Pertama: Menggunakan Air yang suci lagi bersih kerana ia bersifat alkali, Sel kanser tidak boleh hidup dalam air yang bersifat alkali, jadi gunakanlah air mineral semulajadi atau air tapis yang mempunyai tanah sebagai agen penapisnya.

Yang kedua: Memakan makanan yang tidak berkimia dan bahan pengawet, kita selalu memakan ulam-ulaman dan kita juga mengetahui bahawa yang pahit itu lah ubat. Biji Aprikot sememangnya pahit juga lemak dan mengandungi banyak vitamin B17 yang boleh langsung membunuh sel kanser dan menyerang apa-apa sel yang tidak normal.

Jadi tidak hairanlah banyak testimoni menunjukkan kejayaan penyakti kanser tidak kira kanser apa sekali pun, malah hasil yang sama boleh diperolehi kepada pesakit Kencing Manis, Darah Tinggi, Gaout, Buah Pinggang, Jantung, Resdung dan bermacam-macam lagi penyakit.

Sekian, semuga bukan sahaja anda sihat minda, tubuh dan juga rohani, tetapi generasi kita akan datang, berfikir dengan tenang dan bertindak kerana keputusan anda akan menentukan bentuk rupa dan penyakit generasi anda dan kita semua.

 





KANSER! HARAPAN TERAKHIR

1 11 2011

Pakar-pakar perubatan mengatakan bahawa tiada penawar untuk kanser melainkan melalui radiotherapy dan chemotherapy. Walaubagaimanapun, kedua-dua rawatan ini amat menyakitkan dan peluang untuk sembuh selepas menjalani rawatan ini juga agak tipis. Pernahkah anda melihat pesakit kanser yang telah dirawat dengan kaedah tersebut? Ada yang menjadi semakin kurus. Ada yang gugur rambut. Adakah ini yang dikatakan penawar? Sekiranya anda, keluarga anda, sahabat anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali disahkan menghidap kanser. Mahukah anda melihat mereka menjadi semakin lemah dengan rawatan yang diberikan? Pastinya tidak.

Sejarah Vitamin B17

Sebenarnya penawar bagi kanser telah ditemui oleh Dr. Ernest T. Krebs pada tahun 1950. Beliau adalah seorang doktor biokimia dan telah membuat pelbagai penyelidikan tentang penawar yang telah ditemuinya itu selama bertahun-tahun. Beliau menamakannya sebagai Laetrile atau vitamin B17. Namun perkara ini tidak disenangi oleh organisasi multinasional farmaseutikal. Organisasi ini melancarkan propaganda bahawa Vitamin B17 membawa maut dan tidak berkesan merawati kanser. Vitamin B17 tidak diiktiraf dan tidak dibenarkan sebarang pengeluaran dan penjualan di Amerika Syarikat.

Pastinya ada agenda tersembunyi disebalik propaganda yang ditimbulkan itu, sedangkan organisasi ini tahu dan pasti bahawa Vitamin B17 memang berkesan merawat kanser. Ianya ditimbulkan kerana  industri radiotherapy, chemotherapy, X-ray dan pembedahan kanser yang mengaut keuntungan besar pasti akan musnah dan menutup periuk nasi mereka yang terlibat dengan bidang ini. Mesin-mesin yang bernilai jutaan dan ribuan USD akan tersadai. Ubat-ubat penahan sakit seperti morfin, pain killer dan sebagainya tidak akan dapat dijual. Doktor-doktor tidak akan dapat membuat pembedahan untuk membuang sel-sel kanser.

Sebagai seorang Muslim, adakah anda tidak yakin dengan Hadis Nabi S.A.W :

“Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia menurunkan ubat baginya” (Ibnu Maajah)

Sebenarnya bahan semulajadi di sekeliling kita adalah sumber utama vitamin B17. Antara bahan yang banyak mengandungi vitamin B17 adalah biji buah apricot.

VITAMIN B17 – SUMBER SEMULA JADI YANG TERBUKTI UNTUK RAWATAN KANSER .

BUKTI NYATA

Dr Ernesto Contreras , Oasis of hope Hospital. Beliau telah berjaya merawat 100,000 lebih pesakit kanser menggunakan Vitamin B-17.

Apakah Pandangan Pakar dan Saintis mengenai Vitamin B 17 ?

Menurut Dr Philip E.Binzel, Pakar Kanser, Ohio, Usa. B 17 bahan alam semulajadi yang terdapat di dalam pemakanan nitrilosides ini boleh memusnahkan sel-sel kanser serta menyuburkan sel-sel bukan kanser.

Dr.Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia. Kanser adalah penyakit metabolic, terdapat bukti kukuh bahawa pengurangan vitamin B-17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser.

Dr Dean Burk , Pakar Kanser dari Jerman yang mengkaji secara terperinci. Dibawah mikroskop kami masukkan B17 keatas sel kanser, kami melihat bahawa sel-sel kanser itu mati dengan cepat sekali.

Dr Kanematsu Suguira, Penyelidik Kanser terkenal didunia. B17 adalah ejen anti barah paling berkesan yang pernah diujinya.

Dr Ernest Kreb Jr, pakar biochemist Pengasas Vitamin B15 dan B17. B17 adalah harapan utama dan terakhir didalam terapi kanser.

Dr Hans Nieper, Pakar Kanser dari Jerman Barat. Setelah melebihi 20 tahun bekerja sebagai pakar, saya mendapati vitamin B17 jauh lebih baik mahupun pencegahan. Saya berpendapat bahawa tiada lain melainkan Vitamin B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.

PEMBELIAN B17 APRIKOT KLIK SINI








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,834 other followers