Kanser Testis @ Kanser Buah Zakar

21 02 2013

Kanser buah zakar atau Kanser testis adalah jenis kanser paling lazim menyerang lelaki muda yang berusia antara 15 hingga 35 tahun. Biarpun begitu, ia boleh menyerang pada sebarang kumpulan usia. Kanser buah zakar biasanya dikesan sama ada secara tidak sengaja atau melalui pemeriksaan sendiri.

kanser testis

Dianggarkan terdapat 14 jenis kanser yang berasal daripada buah zakar. Namun kebanyakannya bermula dengan sel germa, di mana sel sperma dihasilkan. Kanser buah zakar boleh dibahagikan kepada dua kategori:

Kanser seminoma:

Dibentuk oleh sel germa primer yang membesar dengan perlahan dan secara relatifnya tidak merebak.Secara kasar ia membentuk 40 peratus kes kanser testis.

Kanser non-seminoma:

Berpunca daripada sel germa yang lebih matang dan agresif berbanding seminoma. la juga adalah kombinasi beberapa jenis kanser yang berbeza.

Sehingga kini penyebab kanser buah zakar masih menjadi misteri. la menyerang lelaki muda secara rawak.Biarpun beberapa faktor telah dikenal pasti tetapi punca utama masih belum ditemui. Bagaimanapun, kebanyakan kes kanser buah zakar boleh dirawat sekiranya dikesan diperingkat awal. Dan ia boleh dilakukan sekiranya anda membuat pemeriksaan diri sendiri setiap bulan.

Apakah simptom-simptomnya Kanser Buah Zakar?

Kanser buah zakar boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.Beberapa siri ujian dan imbasan harus dilakukan untuk mengetahui tahap penyakit seseorang itu.

Peringkat pertama kanser hanya terbatas pada buah zakar. Andainya sudah merebak, ia akan bergerak menuju ke nodus limfa retroperitoneal, kelenjar yang menapis bakteria clan pembentukan sel kanser dalam cecair limfa yang terletak antara diafragma dan buah pinggang, dekat bahaglan belakang tubuh.

Pada peringkat akhir, kanser akan merebak ke seluruh tubuh kemudian paru-paru, otak, hati dan tulang.Kalau kanser yang menyerang adalah agresif dan dibiarkan tidak dirawat,kematian bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana 95 peratus kanser buah zakar adalah malignan (bahaya) dan merebak jika tidak dirawat,

Kanser buah zakar boleh menunjukkan simpton-simptom di bawah. Harus diketahui simptom-simptom ini juga boleh disebabkan oleh keadaan tidak berbahaya yang lain, jadi pendapat daripada ahli urologi sangat digalakkan:

  • Bengkak pada salah satu buah zakar. Biasanya bersaiz kacang pea tetapi kadangkala lebih besar.
  • Sebarang pembesaran atau pengecutan saiz buah zakar.
  • Berlaku perubahan yang tidak konsisten pada buah zakar, biasanya kekerasan.
  • Rasa buah zakar lebih berat.
  • Rasa sakit di bahagian bawah perut atau pangkal paha.
  • Cecair tiba-tiba berkumpul paca buah zakar.
  • Rasa tidak selesa pada testis atau skrotum (kantung buah zakar).
  • Pembesaran atau kelembutan pada bahagian dada.

Siapakah Yang Berisiko Mengidap Kancer Buah Zakar?

Lelaki muda yang berusia antara 15 hingga 35 tahun merupakan golongan yang paling berisiko tinggi.Tetapi serangan kanser buah zakar jenis ini jarang berlaku iaitu empat daripada 100,000 lelaki. Puncanya masih tidak diketahui namun statistik menunjukkan lelaki caucasian lebih cenderung diserang kanser buah zakar berbanding Latin, kulit hitam dan Asia.

Lelaki yang dilahirkan dengan buah zakar terbentuk di dalam bahagian bawah perut bukan skrotum (kantung buah zakar) lebih berisiko diserang kanser buah zakar. Keadaan ini tidak akan berubah melainkan secara pembedahan.

Lelaki yang mengalami lain-lain masalah buah zakar turut berdepan risiko yang lebih tinggi kanser jenis ini. Pencemaran didakwa turut menyumbang dalam serangan kanser buah zakar berdasarkan jumlah kes yang boleh dikaitkan dengan faktor tersebut sejak 30 tahun lalu. Namun hipotesis itu terus kekal menjadi hipotesis.

Lakukan Sendiri Pemeriksaan Buah Zakar.

Cara terbaik untuk mengesan kanser buah zakar di peringkat awal adalah dengan melakukan pemeriksaan diri sendiri, yang mana harus dilakukan oleh setiap lelaki yang berusia 15 tahun dan ke atas. la mudah, cepat can tidak menyakitkan. Lebih kerap melakukannya, anda akan lebih biasa dengan saiz normal can tekstur buah zakar. Sekiranya timbul sebarang keganjilan, dengan pantas anda dapat mengesannya.

Apa yang harus anda lakukan ialah:

1. Mandi dengan air panas. Suhu yang agak panas akan merelakskan skrotum dan memudahkan anda merasainya.

2. Berdiri di depan cermin dan periksa jika terdapat bengkak.

3. Periksa setiap buah zakar cengan kedua-dua tangan. Pegang dengan menggunakan ibu jari can jari hantu dan perlahan-lahan gerakkannya.

4. Pastikan kedudukan epidermis, flub lembut di belakang buah zakar yang berfungsi menyalurkan sperma.Jangan tersilap menganggapnya sebagai benjolan. Benjolan sering terjadi paca bahagian depan dan tepi buah zakar.

5. Sekiranya anda menjumpai benjolan, teruslah berjumpa dengan pakar urologi. Kebanyakan benjolan bukan kanser tetapi hanya pakar yang mampu memastikannya.

Apa yang boleh anda lakukan?

Rawatan terbaik adalah dengan mencegah dengan mengesannya diperingkat awal. Dan berita baik mengenai kanser buah zakar adalah mangsa boleh disembuhkan.Terdapat empat bentuk rawatan iaitu pembedahan, kemoterapi, terapi radiasi clan pengawasan rapi.

Pembedahan adalah bentuk rawatan paling lazim di mana buah zakar yang diserang akan dibuang melalui prosedur yang dikenali sebagai inguinal orchietomy. Kadangkala nocus limfa di bahagian perut turut dibuang sekiranya kanser telah berada di peringkat kedua. Begitu juga dengan tisu-tisu lain bagi kanser peringkat ketiga.

Terapi radiasi melibatkan penggunaan sinar cahaya bertenaga tinggi untuk membunuh sel kanser. Seminoma amat sensitif dengan radiasi dan mati dengan cepat. Non-seminoma lebih resistan, jadi terapi radiasi jarang digunakan.

Kemoterapi acalah rawatan bahan kimia terhadap kimia. la merupakan prosedur yang kerap digunakan apabila kanser telah merebak ke seluruh tubuh. Ubat disuntik mengikut tempoh dan perkembangan pesakit dipantau. Cisplatin merupakan ubat kanser buah zakar yang digunakan dengan meluas dan mampu menyembuhkan sehingga 92 peratus kes.

Kesan sampingan.

Membuang satu buah zakar tidak akan mengganggu keupayaan lelaki untuk mengalami ereksi, orgasma atau memiliki anak , sebelah buah zakar mampu melakukannya. Implan boleh dibuat untuk menggantikan buah zakar yang telah dibuang, yang mempunyai berat dan bentuk buah zakar yang normal.

Membuang nocus limfa juga tidak akan menjejaskan ereksi dan orgasma. Tetapi ia boleh mengganggu kesuburan disebabkan operasi pembedahan berkait dengan saraf mekanik ejakulasi. Lelaki yang melalui pembedahan seperti ini harus berbincang dengan doktor tentang kaedah-kaedah alternatif yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan saraf tersebut.

Sel normal turut terjejas oleh terapi radiasi tetapi pesakit boleh sembuh. Radiasi tidak memberi kesan kepada prestasi seksual tetapi boleh memusnahkan pengeluaran spe’rma buat sementara waktu. Kesan sampingan fizikal termasuklah letih,cirit-birit dan loya. Kadangkala kesan keradangan boleh terjadi pada kulit dan doktor akan memberikan losen atau krim untuk melegakannya.

Kemoterapi menyebabkan kesan sampingan yang lebih serius. la termasuklah keguguran rambut, hilang selera, sistem imun tubuh yang rendah dan terdedah kepada serangan penyakit, loya, muntah can ulser mulut. la juga turut menjejaskan pengeluaran sperma. Sesetengahnya sembuh dalam tempoh beberapa tahun dan ada juga yang kekal.

Bagaimana Menangani Kanser Buah Zakar.

Mengetahui anda diserang kanser adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterima. Perasaan bercampur-baur seperti keliru, takut, kaku, menafikannya dan marah. Ada yang mengasingkan diri, yang boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi insan yang rapat dengan mereka.

Adalah penting untuk berbincang masalah yang dihadapi dengan keluarga ‘ doktor dan teman-teman. la mengurangkan rasa takut dan memberi keyakinan kepada diri tentang kehadiran keluarga dan teman disekeliling yang sentiasa menyokong anda. Bagaimanapun mangsa harus memulakan perbualan. Memaksa mangsa memulakan bicara biasanya kurang produktif.

Kumpulan penyokong dan klinik khidmat sosial adalah sumber yang dipercayai untuk mendapatkan maklumat dan kelegaan. Namun biasanya pesakit harus memiliki keberanian untuk mendapatkan pertolongan sebaik sahaja mengetahui dia telah diserang kanser buah zakar dan menenangkan perasaan ahli keluarga terdekat.

Cara Paling Mudah Untuk Mencegah Kanser Buah Zakar.

Walaupun kanser buah zakar jarang berlaku, mangsanya dipilih secara rawak. Kaum lelaki perlu melakukan pemeriksaan diri sendiri secara jujur, terutamanya jika tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi. Sememangnya kanser buah zakar boleh dirawat, namun ia bukanlah alasan untuk anda menjadi mangsa seterusnya. Sebagai alternatif disarankan B17 Aprikot dan Cellfood untuk pencegahan dan rawatan bagi kanser testis atau kanser buah zakar ini.

VITAMIN B17 & BROMILIN, KOMBINASI TERBAIK (PERENCAT SEL KANSER)

promosi aprikot & bromilin
Bromilin sangat diperlukan bersama B17 kerana ianya berfungsi untuk MEMECAHKAN LAPISAN PROTEIN DINDING SEL-SEL KANSER, KEMUDIAN BARULAH B17 BOLEH MASUK KE DALAM SEL-SEL KANSER UNTUK MEMBUNUH SEL-SEL GANAS tersebut.

Harap dapat membantu anda semua lebih faham cara sebenar fungsi Bromilin & B17.

Sebarang pertanyaan / pembelian hubungi, SMS @ WhatsApp : 0133016699 atau 0126381577 (COD – Meru / Shah Alam)

About these ads

Tindakan

Informasi

20 gerakbalas-gerakbalas

7 03 2014
irwan

Salam..sy mengalami ketubuhan yg besr da keras di bahagian telur sebelah kanan..ketumbuhan baru 3 hari..adakah berbhaya..ap yang perlu sy buat..

21 01 2014
Mr.Sai

Salam sejahtera…

Berapa bayaran untuk pembedahan & bgaimana jika kedua2 buah zakar pesakit membengkak & mmbentuk simpulan urat? Dah sampai tahap kritikal ke?

12 12 2013
Muhd

Salam,sejak kebelakangan ini,terdapat bonjolan atau ketumbuhan selebar 1cm di buah zakar di sebelah kanan,adakah ini merupakan simptom kanser ini?apakah cara yg boleh saya lakukan selain berjumpa dgn doktor?

3 11 2013
Muhd

Salam, saya mengalami bengkak di tepi kemaluan sebelah kanan di bahagian pangkal paha. Dahulu kecik. Kemudian surut. Kemudian selang beberapa bulan bengkak kembali dan membesar. Apakah punca dan adalah ianya kanser?

20 09 2013
wan noraini

Assalam,
Anak saya berumur 21 tahun dan mengidap kanser testis hampir setahun. Rawatan kimo telah dibuat tapi masih belum pulih. Dia ada makan aprikot kapsul sebanyak 2 botol tapi masih tak nampak kesan. Adakah aprikot tidak serasi dengannya atau cara pengambilannya salah.
Terima kasih

21 09 2013
BestOneOfFour

W’salam. Tidak dapat dinafikan ketidakserasian adalah antara faktor yang tidak menampakkan kesan perubahan pada tubuh seseorang atau mungkin pengambilan sebanyak 2 botol belum mencukupi untuk tindakbalas terhadap kenser testis anak puan.

Untuk makluman tindakbalas aprikot berbeza pada setiap individu.

Wallahu a’lam

26 08 2013
muhd

salam.adakah kanser ini boleh dijankiti,sebab arwah ayah saya dlu ad mengalaminya.time operate arwah meninggal.skrng sy berumur 21.sy dapati telor sy sebelah kanan tidak normal.lebih kecik dr yg biasa.

26 08 2013
BestOneOfFour

W’salam. Kanser testis secara pastinya belum dapat diketahui penyebabnya, namun faktor genetik juga antara yang mempengaruhi seseorang terkena penyakit kanser testis.

Eloklah buat pemeriksaan ke doktor untuk pengesahan. Terima kasih.

21 08 2013
palie

saya mengalami pembesaran testis..sya dpt mliht prubhn ini krna dhulu sy sorg yg kerp onani..adkh ia simptom jgk?hope dpt mnjwb

21 08 2013
BestOneOfFour

Belum diketahui pasti apa penyebab terjadinya kanser testis. Normalnya, sel-sel sihat dalam testis membesar dan membelah secara teratur untuk menjaga fungsi tubuh. Namun, terkadang beberapa sel mengalami kelainan sehingga menyebabkan pertumbuhan sel menjadi tidak terkawal dan terkumpul di dalam testis.

Hampir semua kanser testis berawal dari sel germinal, yakni sel di testis berfungsi menghasilkan sperma. Namun, belum diketahui pasti apa penyebab perkembangan tidak normal sel germinal menjadi sel kanser.

Disarankan berjumpa doktor secepat mungkin untuk pemeriksaan. Semoga bermanfaat dan terima kasih.

13 08 2013
adam

salam , nk tanya sikit .. simptom² tu semua datang serentak ke datang dalam masa yang terdekat atau datang dalam jangka masa yang panjang .. dan macam mana nak dapatkan benda yang boleh mencegah penyakit tu

22 07 2013
amir

salam tuan, saya juga mempunyai masalah yang serupa. dimana terdapat urat-urat yang membengkak dikedua-dua buah zakar.
soalan saya, adakah masalah saya ini boleh dirawat dan doktor pakar yang bagaimana yang harus saya jumpa?

17 07 2013
arep

Assalamualaikum, baru2 ini saya tibe-tiba berasa senak pada skrotum saya,adakah ini antara simptom kanser tersebut?

17 07 2013
pali

hai..testis saye menjadi besar sebelah sebab saye dulu kerap;beronani..adakah ini juga menyebabkan kanser testis?/

9 07 2013
ariel

saya ada masalah ketika membuang air besar,,,,,,terasa sakit dihujung2 dubur……rasa pedih macam terlekat tulang kat kerengkong

8 06 2013
luqman

Assalamualaikum, saya berumur 17 tahun, saya baru2 ni terasa bahagian pangkal paha saya sakit, selain itu, saya juga dapat merasakan saya xpasti apa tetapi seperti saluran atau urat di sebelah scrotum saya menjadi besar, patutkah saya berjumpa doktor atau mungkinkah ia hanya sakit sendi? Harap balas :)

8 06 2013
BestOneOfFour

Waalaikumsalam. Kalau ianya kecederaan kerana bersukan mungkin ianya untuk sementara. Namun sangat disarankan ada baiknya buat pemeriksaan ke doktor. Ditakuti penyakit lain pulak. Cegah sebelum parah.

18 05 2013
Zanie

Saya ada simptom-2 itu juga . rasa sakit pada bahagian bawah abdomen , dibawah zakar ada urat bergumpal . ada tak cara lain untok penyelesaikan masalah ini selain berjumpa doktor . ?

11 03 2013
Nick

Salam Sejahtera,

Saya telah mengalami simptom2 seperti yang disebut di atas..Sejak kurang lebih 2 tahun lepas saya merasakan sesuatu yang tidak normal pada bahagian bawah biji zakar saya,terdapat pertumbuhan sebesar biji kacang tanak (ukuran 1cm tebal dan 1.5cm panjang,bujur).Yang pastinya tiada rasa apa2 kesakitan yang derasai apabila di pegang pada bahagian pertumbuhan.Sebelum pekara ini berlaku,terdapat urat2 yg bergumpul pada bahagian atas buah zakar, dan selepas itu berlaku pertumbuhan pada bahagian bawah zakar…dan urat2 yang bergumpal sebelum ini tiada lagi.

Saya berusia 27 tahun dan sudah 1 tahun berkahwin..saya berasa segan utuk berjumpa Doktor pakar.

Apakah cara terbaik untuk memastikan penyakit sebenar dan adakah ianya memudarakan?

Sejahtera
Nick

12 03 2013
BestOneOfFour

Salam sejahtera Nick. Mahu tidak mahu, anda perlu berjumpa doktor pakar untuk mengesahkan ketumbuhan pada bahagian bawah zakar anda itu apa? Pedulikankan dengan perasaan segan, bertindaklah dengan bijak. Mungkin sekarang tidak membahayakan ditakuti dimasa akan datang. Terima kasih.

Sila berikan alamat email anda yang betul untuk tujuan saya membalas soalan yang diajukan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,834 other followers

%d bloggers like this: